Buletin

YAMAHA EGO GEAR KINI TERIMA PILIHAN WARNA BAHARU – KUNING, BIRU DAN HIJAU, HARGA BERMULA RM5.9K

Hong Leong Yamaha Motor baru-baru ini memperkenalkan warna baharu bagi jentera Yamaha Ego Gear iaitu Kuning, Biru dan Hijau.

Dengan padanan warna baharu itu, Ego Gear bagaimanapun masih mengekalkan ciri-ciri seperti lampu hadapan jenis LED, lampu kecemasan, soket pengecas USB manakala panel meter pula menggunakan unit analog biasa.

Yamaha Ego Gear diserlahkan melalui rim bersaiz 14-inci dan dibalut tayar 70/90 di hadapan serta 90/80 di belakang.

Perincian lain termasuklah:

  • Fork teleskopik di depan dan monoshock di belakang
  • Sistem brek cakera tunggal di depan dan dram di belakang
  • Tangki bahan api 4.2 liter
  • Berat 95kg
  • Ketinggian tempat duduk 750mm

Dari segi kuasa, ia dipacu oleh enjin bersesaran 125 dengan teknologi Blue Core dan Smart Motor Generator (SMG) yang disambung kepada mode Eco untuk tunggangan lancar, senyap serta jimat minyak. 

Nadi berkenaan berupayaan menghasilkan 9.4hp pada 8,000rpm dan 9.6Nm tork pada 5,500rpm.

Yamaha Ego Gear dengan pilihan warna baharu ini boleh dimiliki pada harga RM5,998 tidak termasuk yuran pendaftaran dan perlindungan insurans.

Setiap pembelian Ego Gear datang dengan jaminan dua tahun atau 20,000 km, serta kunci cakera brek bernilai RM100 secara percuma.

GALERI:

Google ads
Back to top button