Motosikal

YAMAHA Y15ZR SE TAMPIL DENGAN WARNA ‘ROYAL MAROON’ – RM9,498

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) mengemas kini model Y15ZR SE dengan pilihan warna baharu yang lebih segar bagi tahun 2026. 

Y15ZR SE kini ditawarkan dengan pilihan warna Royal Maroon yang menggabungkan kombinasi warna unik dengan rim berwarna emas. 

Selain warna dan grafik yang menonjol, Y15ZR SE ini juga didatangkan dengan Sports Visor eksklusif serta bakul premium Yamaha dengan USB Type-C terbina. 

Menurut HLYM, Yamaha Y15ZR SE dengan warna Royal Maroon ini sudah pun boleh didapati di pengedar rasmi seluruh negara sejak 1 Julai lalu dengan harga jualan cadangan RM9,498. 

Dalam pada itu, Yamaha Y15ZR versi standard juga kini hadir dengan warna baharu, Cyan Jade dan boleh didapati dengan harga RM8,998. 

Seperti biasa, setiap pembelian juga akan disertakan dengan Yamaha Safety Disc Lock bernilai RM100. 

Google ads
Back to top button