Buletin

YAYASAN MOBILITI TOYOTA UMUM 2 PEMENANG CABARAN SENIBINA BANDAR UNTUK MASA DEPAN

Dua pasukan diumumkan sebagai pemenang bersama bagi Cabaran Senibina Bandar Untuk Masa Depan (CATCH).

Yayasan Mobiliti Toyota (TMF)  memilih Numina dari Amerika Syarikat dan KERB dari Australia sebagai penyedia penyelesaian paling sesuai menepati lima kriteria penilaian iaitu kreativiti, kesungguhan, kebolehlaksanaan, kemapanan dan teknikaliti.

Selain itu, penyelesaian mereka juga selari dengan visi Toyota kearah “Mencipta Mobilit iuntuk Semua” bagi memperkaya kualiti hidup penduduk di Kuala Lumpur.

Numina dan KERB menerima geran berjumlah AS$250,000 (RM1 juta) sebagai sokongan kewangan untuk percubaan dan perlaksanaan penyelesaian mereka di Kuala Lumpur, dengan usahasama berterusan daripada rakan-rakan strategik dan data.

TMF melancarkan CATCH pada Februari tahun lalu di peringkat global untuk penyelesaian dinamik, pintar serta dipacu oleh data untuk cabaran mobiliti dan perancangan bandar di Kuala Lumpur.

Sepanjang program CATCH, enam peserta akhir berjaya membangunkan serta menyerahkan Minimum Viable Products (MVP) untuk Kuala Lumpur, walaupun masih terkesan dengan pandemik Covid-19.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Numina, Tara Pham berkata; “Kami sangat berbangga kerana CATCH meyakini kesan yang mampu dibawa oleh Numina dengan cara menyokong keselamatan pejalan kaki dan menjadikan jalanan Kuala Lumpur sebagai tapak inovasi mobiliti.”

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama KERB, Rob Brown menjelaskan; “Di KERB, kami yakin bahawa penyelesaian “mobility untuk semua” perlu dibangunkan dengan pendekatan inovasi yang segar bagi Kuala Lumpur, sebagai sebahagian daripada cabaran ini agar ia boleh bertindak selaku model kepada banda raya membangun lain.”

Pengarah Program TMF, Pras Ganesh berkata pernyataan masalah sangat mencabar, dengan tumpuan kepada perancangan bandar serta penambahbaikan mobiliti Kuala Lumpur yang diterajui oleh data.

“Selari prinsip teras TMF, kedua-dua pemenang menawarkan penyelesaian praktikal berteknolog itinggi yang boleh memberikan manfaat segera kepada warga Kuala Lumpur dan perancang bandar.

“ Selain itu, mereka juga mempamerkan potensi bagi pelaksanaan mobiliti masa depan di mana-mana kota besar dan kami sangat gembira dengan kemungkinan untuk terus terlibat di masa akan datang.”katanya.

Google ads
Back to top button