Buletin

HYUNDAI UNGGULI PASARAN VIETNAM JAN-MEI 2021. KALAHKAN TOYOTA

Jenama dari Korea Selatan, Hyundai mengungguli carta jualan kenderaan di pasaran Vietnam untuk lima bulan pertama tahun ini dengan mengalahkan Toyota. 

Data industri yang dikongsi oleh Persatuan Pengeluar Kenderaan Vietnam (VAMA) menunjukkan Hyundai berjaya menjual sebanyak 24,420 unit kenderaan dalam tempoh tersebut berbanding Toyota dengan 24,112 unit.  

Anak syarikat Hyundai, Kia pula menjual 23,440 unit kenderaan untuk berada di tempat ketiga. Hyundai berjaya mengatasi Toyota selaku jenama paling laris di VietnaM sejak sekian lama. Ia juga mencatat jualan memberangsangkan pada April dan Mei lalu. 

Hyundai dilihat mampu mengembangkan penguasaannya di pasaran automotif Vietnam dengan membuka kilang pengeluaran. Selain menjalin kerjasama dengan pemain industri tempatan. 

Kilangnya di Vietnam bertanggungjawab menghasilkan model-model seperti Grand i10, Accent, Kona, Tucson dan Santa Fe. 

Vietnam merupakan pasaran automotif keempat terbesar di Asia Tenggara selepas Thailand, Indonesia dan Malaysia. Ia juga menyaksikan pertumbuhan pesat dengan jualan 334,000 unit tahun lalu, naik lebih 50 peratus berbanding dua tahun sebelumnya. – The Korea Herald   

Google ads
Back to top button