
SCANIA TOTAL SOLUTION. SIAP INSURANS, CUKAI JALAN DAN KONTRAK SERVIS. BAYARAN BULANAN SERENDAH RM7,888
Scania telah melancarkan pelan ansuran peneraju industri Scania Instalment Plan R&M7 sebagai sebahagian daripada Scania Total Solution.
Pelan ansuran dengan pembaikan dan penyelenggaraan itu adalah untuk empat penggunaan logistik yang berbeza iaitu kontena penghantaran, pengangkutan pukal, kargo am dan traktor jongket (tipper).
Bermula pada harga atas jalan serendah RM7,888 sebulan, pelanggan boleh memiliki trak Scania baharu, dilindungi insurans, serta lengkap dengan cukai jalan dan Kontrak Pembaikan & Penyelenggaraan selama 7 tahun.

Scania Instalment Plan R&M7 memberi penyelesaian logistik yang menyeluruh untuk ketenangan minda pelanggan. Keuntungan dapat direalisasikan dengan segera kerana kos bulanan adalah tetap dan boleh diramal. Ini kerana pelanggan tahu bahawa lori Scania mereka dijaga sebaiknya dan mendapat uptime maksima yang membolehkan pendapatan dijana melalui operasi perniagaan harian.
Trak Scania dengan pelan baharu untuk Kontena Penghantaran boleh mencapai penggunaan bahan api yang terbaik sehingga 4.0 km/liter dan pengurangan pelepasan CO2 sehingga 0.82kg/km. Untuk penggunaan
Pengangkutan Pukal, penggunaan bahan api yang boleh mencapai ialah 3.6 km/liter dengan pengurangan pelepasan CO2 sehingga 0.81 kg/km.
Penggunaan bahan api terbaik untuk penggunaan Kargo Am pula mencecah 3.6 km/liter bersama pengurangan pelepasan CO2 sehingga 0.77 kg/km. Untuk Traktor Jongket pula, penggunaan bahan api terbaik ialah 2.0km/liter dan pelepasan CO2 sehingga 0.93 kg/km. Semua ini boleh diperoleh daripada Scania Instalment Plan R&M7.
Maklumat lanjut mengenai Scania Total Solution, sila hubungi talian 03-7845 1000 atau e-mel smyenquiries@scania.com