Buletin

BELUM SEMPAT KE PENGEDAR TOYOTA, LAND CRUISER 300 JAHANAM DALAM KEMALANGAN

Empat unit Toyota Land Cruiser 300 yang baru diperkenalkan beberapa minggu lalu dilaporkan rosak teruk selepas terlibat dalam satu kemalangan di Salalah, selatan Oman. 

Dikongsi oleh pengguna Instagram alnasser770, SUV berkenaan yang dikatakan dalam perjalanan ke pengedar Toyota dilihat sudah total loss kerana hampir semua panel badannya rosak. Malah, salah sebuah daripadanya kelihatan seperti ia baru dihempap objek berat. 

Manakala video kedua yang dimuat naik oleh kurdistan_automotive_blog menunjukkan lori pengangkut yang membawa Land Cruiser itu terbaik dengan dua buah daripadanya terjatuh. 

Sehingga kini, tiada maklumat lanjut bagaimana kemalangan itu boleh berlaku. Melihat kepada video dan gambar yang dikongsi, kejadian berkemungkinan besar berlaku pada waktu malam. 

Sedih betul tengok kereta baharu rosak macam tu sahaja.

Google ads
Back to top button