
PEMILIK TOYOTA CAMRY TERLEBIH KREATIF. KAN DAH DAPAT SAMAN
Polis New South Wales, Australia menahan Toyota Camry yang mengangkut peti sejuk pada bahagian bonet belakang berdekatan Bondi Beach baru-baru ini.
Pemandu berkenaan mengikat peti sejuk berkenaan dengan menggunakan tali pada tiang-C untuk mengelak ia daripada terjatuh.
Bahkan, bagi mengelak kerosakan pada kenderaan, pemilik Camry tersebut meletakkan tuala pada bahagian bawah peti sejuk itu.

Tindakan bijak pemandu itu mendapat perhatian pihak berkuasa kerana boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya lain.

Pemilik Camry terbabit menerima saman atas kesalahan lebihan muatan tanpa ikatan yang selamat.
Selain itu, pihak polis turut mengarahkan pemandu Camry mencari kaedah lain untuk mengangkut peti sejuk tersebut sebelum meninggalkan lokasi kejadian. –carscoops