Buletin

LAMPU LED YANG MENYILAUKAN. PIHAK BERWAJIB UK KELASKAN IA SEBAGAI RISIKO KESELAMATAN

RAC, badan penyelenggaraan kenderaan dari UK membuat satu kenyataan mengejutkan baru-baru ini. Mereka mendakwa bahawa lampu moden LED adalah terlalu terang dan menyilaukan.

Laporan dari The Telegraph memeberitahu bahawa 15 peratus pemandu telah nyaris kemalangan akibat kecerahan sesetengah lampu kereta baru.

Sebagai tindakbalas, Jabatan Pengangkutan Jalan UK telah menubuhkan sekumpulan pakar untuk memahami bagaimana lampu kereta moden terlalu terang dan menyilaukan. Salah satunya sudah tentulah teknologi LED.

BACA: LAMPU CHECK ENGINE, MITOS DAN FAKTA

Bercakap berkenaan potensi risiko yang disebabkan oleh lampu LED, pakar pencahayaan dari Quality Light Source Factory, Stephen Dixon memberitahu bahawa pemandu melihat LED sebagai cahaya yang lebih terang dari biasa.

“Lampu LED lebih menumpu kepada sasaran berbanding lampu dari halogen yang mana cahayanya lebih tersebar. LED lebih fokus dan sepatutnya ia tidak menyilaukan jika dilaras dengan fokus sasar yang betul. Ya. LED secara teknikalnya lebih terang kerana ia berwarna biru terang.”

Hari ini, Penggunaan lampu LED tidak lagi dianggap sebagai aksesori mewah. Myvi pun dah pakai. 

Ia telah diuji supaya menerangi jalan dengan baik tanpa menyilaukan pemandu dari trafik dari arah bertentangan.

Bagaimanapun jurucakap keselamatan jalanraya RAC, Pete Williams memberitahu, ia tetap ada risiko keselamatan.

“Teknologi lampu telah berkembang pesat beberapa tahun kebelakangan ini. Walaupun lampu ini bagus untuk pemandu meningkatkan kadar penglihatan, ia sebenarnya mendatangkan masalah silau. Ia adalah risiko yang terpaksa kita kaji sekarang terutamanya ketika di jalanraya yang benar-benar gelap dan di persimpangan jalan”

 

 

 

Google ads
Back to top button