Artikel Pilihan

FORD F-150 CUSTOM KEN BLOCKS – MAK AIH, LAMPU BANYAK-BANYAK NI NAK LAWAN ZOMBI KE?

Ken Blocks memang sudah dikenali ramai di seluruh dunia. Bintang gymkhana dan pemandu rali itu memiliki pelbagai model Ford dalam simpanan beliau tetapi antara yang paling menarik ialah sebuah Ford F-150 Raptor custom yang dihasilkan oleh SVC, sebuah syarikat tuner off-road terkenal.

Blocks bukan hanya memiliki sebuah ini sahaja trak pikap tetapi yang ni special sikit kerana dinaiktaraf oleh SVC. Antara modifikasi yang dilakukan termasuklah sistem ekzos Borla, kit widebody, penyerap hentak triple-bypass Fox, spring belakang baharu, bumper hadapan dan belakang bespoke dan naiktaraf beberapa bahagian lagi termasuklah bahagian kargo belakang.

Sama seperti kenderaan off-road lain, F-150 Blocks ini juga dilengkapi dengan banyak lampu-lampu tambahan. Bukan banyak lebih dari 2 ataupun 3 tetapi ratusan LED yang bila digabungkan kesemuanya memberikan kecerahan 300,000 lumen. Sebagai perbandingan, lampu suluh buatan China yang korang beli dekat dekat kedai RM2 cuma mempunyai kecerahan sekitar 1 ke 2 lumen sahaja. Itu pun dah silau kalau kena kat mata.

Antara lampu tambahan yang dipasang ialah 3 bar LED bersaiz 50 inci. Dua pada bahagian bumbung dan satu lagi di atas penutup enjin (bala kalau ada yang tiru kat Malaysia lepas ni). Terdapat juga 2 lagi unit bar LED yang dikawal dengan GPS yang membantu penglihatan sewaktu berlumba pada waktu malam.

Untuk menunjukkan betapa penting pencahayaan dalam perlumbaan off-road, Blocks membuat satu pusingan pendek di litar off-road dengan lampu standard dan menyalakan sepasang bar LED dan kemudian dengan semua lampu dinyalakan.

Dengan hanya menggunakan lampu standard, catatan masa Blocks ialah 1:30.71. Bila lampu dengan kawalan GPS dihidupkan, catatan masa berkurangan kepada 1:20.58 tapi bila semua lampu dinyalakan, Blocks mampu membuat catatan 1:16.97 sahaja. Ini kerana beliau mampu bereaksi dengan lebih baik di selekoh dalam keadaan cahaya terang.

Tapi semua tu lampu di bahagian depan okey. Foglight belakang macam yang setengah pemandu Vios selalu pasang sampai sekarang tu tak betul. Itu bangang namanya.

Google ads
Back to top button