
NILAI LAMPU DEPAN CHIRON INI MENYAMAI HARGA PORSCHE 911 BAHARU – #BAIKBELI PORSCHE TERUS BEY
Lampu kereta-kereta moden memang bergaya dan moden namun tiada satu pun yang boleh melawan Bugatti Chiron. Nyalaan lampu DRL menjadikan Chiron mudah dikenalpasti. Ia dah menjadi sebuah lagenda namun untuk disebabkan jumlah model ini hanya 500 unit di seluruh dunia memang sukarlah untuk melihatnya sendiri di depan mata.

Eksklusiviti itu penting namun ia datang dengan kos yang tinggi. Kereta ni memang dah cukup mahal tapi kos yang dibelanjakan akan semakin meningkat bila anda perlukan alat-alat ganti.
eBay Jerman baru-baru ini dikejutkan dengan sepasang lampu hadapan buatan Valeo untuk Chiron diiklankan untuk dijual dengan harga yang cukup lumayan. Ia juga boleh digunakan pada Pur Sport dan Super Sport 333+. Harganya? Hmm tak mahal sangat pun. Kira-kira dalam linkungan USD164,000 (RM712,333)! #Baikbeli Porsche baharu, ko guano?

Penjual bermastautin di Poland tapi boleh mengirimnya ke mana sahaja dengan kos tambahan. Kalau pos ke Eropah kosnya ialah sekitar USD1,100 (RM4770)! Hahaha matilanak. Belanjan pos sama dengan waisuku terpakai.
Jangan terkejut sangat sebab ini harga alat ganti untuk hypercar. Kalau harga alat ganti Vios pun dah rasa mahal abaikan sahaja komen-komen yang tak membina. Lebih menarik lagi lampu ini bukan unit baru pun. Ianya terpakai tapi dengan keadaan yang hampir sempurna. Bukan macam standard kedai potong yang cungkil keluar lepas tu balut dengan plastik.
Ori ke bang? Bang, rasanya tak ada pengeluar yang nak keluarkan alat ganti tiruan untuk Chiron ni. Kalu buat buat pun rasa-rasa boleh jual ke? Lain la kalau alat ganti tu memang boleh berkongsi dengan Myvi.