Buletin

PASANG 300 MENTOL LED. KENA PAKAI CERMIN MATA HITAM MEMANDU PADA WAKTU MALAM

Dalam dunia automotif, pelbagai ragam orang modifikasi kenderaan mereka. Ada yang boleh diterima akal, ada juga menimbulkan persoalan mengapa kereta dimodifikasi sedemikian rupa.

Bagi kumpulan diberi nama Garage 54 yang berasal dari Rusia, mereka memuat naik video melakukan ‘kerja gila’ dengan memasang 300 mentol lampu LED pada kereta jenama Lada.

Proses pemasangan mentol lampu itu melibatkan penggerudian lubang di seluruh badan kenderaan. Mereka kemudian memasang mentol tersebut dan melakukan kerja-kerja pendawaian.

Tugas pemasangan dapat dilakukan dengan mudah kerana Garage 54 memiliki pasukan yang ramai.

Jentera berlampu itu sudah sedia dipandu pada waktu malam untuk menunjukkan hasil modifikasi tersebut.

Namun, pemanduan pada waktu malam agak sukar kerana masalah pantulan cahaya daripada 300 mentol. Ia menyebabkan pemandu perlu memakai cermin mata hitam.

Ia berikutan mata agak sensitif dan mengambil masa untuk membiasakan dengan keadaan terang-benderang itu.

Setiap lampu LED ini memiliki kipas tersendiri untuk menghilangkan haba. Dalam keadaan biasa, ia tidak menjadi masalah tetapi menyalurkan begitu banyak cahaya ke dalam kabin menyebabkan suhu meningkat dengan cepat.

Dalam pada itu, Garage 54 telah memaklumkan sekiranya video berkenaan mendapat 250,000 like, mereka akan menjadikan projek ini lebih besar.

Mereka merancang untuk mengangkat kereta bercahaya itu menggunakan kren dan mencampaknya ke dalam tasik.

Cahaya lampu yang dipasang pada kereta akan menerangi tasik dan membolehkan orang ramai melihat ikan-ikan pada waktu malam. – motor1

Google ads
Back to top button