Buletin

PETRONAS LANCAR KEMPEN “STAY ALERT, STAY HYDRATED” – PERANGI MASALAH MICROSLEEP

Petronas Dagangan Berhad (PDB) hari ini melancarkan kempen “Stay Alert, Stay Hydrated dengan kerjasama Nestle dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR).

Kempen yang bermula sekarang hingga 31 Disember 2018 itu menawarkan kombo minuman setin Nescafe dan sebotol air mineral pada harga RM3.50 sahaja.

Kombo itu boleh didapati di lebih 700 buah stesen minyak Petronas dengan Kedai Mesra di seluruh negara.

Ia bertujuan mendidik orang ramai tentang bahaya microsleep atau terlelap ketika memandu. “Masalah terlelap kerap berlaku terutama ketika memandu dalam jarak yang jauh.

“Dengan kempen ini, kami ingin mengingatkan pemandu supaya sentiasa berhati-hati dan kekal terhidrat sepanjang masa,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PDB, Dato’ Mohd Ibrahimnuddin Mohd Yunus.  

Selain kempen ini, PD juga ada menjalankan kempen keselamatan seperti Petronas Streetsmat dan Coffee Break pada musim-musim perayaan sejak tahun 1998.

Google ads
Back to top button