Buletin

NARVA SOLUSI PENCAHAYAAN AUTOMOTIF TEKNOLOGI JERMAN

Jenama NARVA mungkin agak kurang didengari pengguna automotif negara ini.

Bagaimanapun, produk pencahayaan NARVA yang berasal dari Jerman menawarkan kualiti berpanjangan malah kebolehpercayaan tinggi kepada para pengguna.

Ia berikutan produk NARVA mematuhi garis panduan Economic Commission for Europe (ECE) yang menjalani pelbagai proses kawalan produksi dalam penawaran produk di pasaran.

Jangan terkejut jika produk NARVA sudah 10 tahun bertapak di pasaran tempatan dalam menawarkan solusi pencahayaan berprestasi tinggi kepada industri automotif.

Menariknya tentang jenama NARVA, ia menawarkan mentol Halogen, xenon dan LED untuk digunakan pada kereta,van, motosikal, trak dan pelbagai kenderaan-kenderaan lain.

Sebagai contoh, produk lampu LED yang ditawarkan NARVA memiliki biasan cahaya mencakupi kawasan lebih meluas malah terang dalam memberi pemanduan selesa pada waktu malam.

Biarpun, lampu LED tersebut terang tetapi ia tidak mengganggu penglihatan pengguna jalan raya lain.

Selain itu, produk berkualiti tinggi ini turut mudah dipasang pada kenderaan dan tidak memerlukan proses pendawaian rumit.

Solusi pencahayaan NARVA tidak terhad kepada lampu utama sahaja, ia hadir dengan pelbagai saiz untuk kegunaan lampu belakang, lampu isyarat, lampu kabin, brek belakang dan banyak lagi.

Untuk mendapatkan produk-produk pencahayaan NARVA yang ditawarkan pada harga mampu milik boleh melayari auto2u.my

Google ads
Back to top button