PORSCHE JADIKAN BURJ KHALIFA IKLAN DIGITAL GERGASI. GUNA LEBIH 1 JUTA LAMPU LED!!!
Porsche mengambil keputusan menjadikan bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa sebagai iklan digital terbesar.
Ia bukanlah sesuatu yang mudah kerana terpaksa menggunakan lebih satu juta lampu LED untuk merubah wajah bangunan setinggi 828 meter sebagai skrin dengan keluasan 33,000 meter persegi.
Melalui papan iklan tersebut, Porsche mempertontonkan beberapa model penting seperti Lonner-Porsche, 356, 911, 918 Spyder dan 919 Hybrid.
Selepas menarik perhatian orang ramai dengan model-model popular, paparan skrin menyampaikan mesej “Get ready for the first all electric sports car with a Porsche soul“.
Ia berubah wajah menunjukkan Taycan sebelum bertukar menjadi logo Porsche.
Pertunjukkan lampu penuh warna-warni cukup mengujakan dan direka menyokong pelancaran model Taycan 4S, Turbo dan Turbo S di pasaran tempatan. – carscoops
- BACA: BUGATTI CHIRON, PORSCHE 911 CABRIOLET, MERCEDES BENZ C-CLASS ‘BERLAGA’ DI SWITZERLAND. KERUGIAN CECAH AS$4 JUTA
- BACA: GUNA CEK PALSU BELI PORSCHE 911 TURBO. CETAK SENDIRI KAT RUMAH. YAKINNYA KAMU!!!
- BACA: SELAMAT TINGGAL JURUTERA LEGENDA PORSCHE, HANS MEZGER 1929-2020
- BACA: PORSCHE 911 JAHANAM. REMAJA DITAHAN POLIS