Artikel PilihanMotosikal

10 HELMET PALING SELAMAT DI DUNIA 2017 – DI MANA KEDUDUKAN HELMET ANDA?

Syarikat manakah yang mengeluarkan helmet paling selamat di dunia? Senarai ini mengambil kira jenama helmet yang diuji oleh SHARP, bukan peralatan elektrik jenama Sharp tetapi singkatan kepada Safety Helmet Assessment dan Rating Program, satu badan dari United Kingdom yang membantu penunggang motosikal memilih helmet paling selamat berdasarkan ujian yang mereka jalankan.

Ujian dijalankan berdasarkan data yang dikumpul dari tahun 2010-2017. Jadi kalau anda ingin mendapatkan helmet baru, ini mungkin akan dapat membantu anda membuat pilihan. Kalau rasa mahal sangat, Apollo MS88 kan ada.

  1. Bell Helmets dan Caberg

Juara helmet paling selamat dua tahun berturut-turut. Daripada sembilan unit helmet Bell yang diuji, 8 unit mendapat markah 5/5 bintang. Hanya satu unit mendapat markah 3 bintang kerana sedikit masalah pada helmet itu sendiri. Silap pasang masa kat kilang mungkin?

Caberg juga sudah mampu mengeluarkan helmet-helmet bermutu dan selamat pada masa kini dengan ciri-ciri berguna untuk nilai wang anda. Sebelas unit helmet ini diuji oleh SHARP dan lapan unit mendapat 5 bintang sama seperti Bell. Jika Caberg terus menghasilkan produk yang baik seperti ini tidak mustahil mereka akan berkongsi kedudukan dengan Bell di tempat pertama sekali lagi tahun hadapan.

  1. AGV dan Sharks

Berada di kedudukan kedua ialah AGV dan juga Sharks. AGV sudah lama menghasilkan helmey sejak dari tahun 1947 dan berganding bahu mencipta nama dengan Valentino Rossi. Dari 21 helmet yang diuji SHARP,  tujuh unit memperolehi 5 bintang maksima dan 13 lagi mendapat 4 bintang.

Sharks mempunyai kedudukan yang setara dengan AGV dengan 6 unit helmet mereka mendapat markah 5 bintang manakala 15 unit lagi mendapat 4 bintang. Cukup hebat bagi pengeluar dari Perancis ini.

  1. X-Lite

X-Lite sebenarnya adalah sebahagian daripada Kumpulan syarikat Nolan. Usaha mereka dalam menghasilkan helmet terbaik telah membuahkan hasil dengan dua unit helmet mendapat markah 5 bintang dari 9 unit yang diuji SHARP. Selebihnya mendapat 4 bintang menunjukkan jenama ini boleh dipercayai untu menyelamatkan kepala dan nyawa anda.

  1. Lazer dan Nolan

Walaupun di kedudukan ke empat bersama Nolan, Lazer sebenarnya bukan pemain baru dalam arena helmet keselamatan. Syarikat Belgium ini sudah menghasilkan helmet selama hampri 100 tahun! Daripada 14 helmet mereka yang diuji, hampir semua mendapat markah purata 4-5 bintang kecuali satu yang mendapat 2 bintang (Lazer Tornado). Lupakan yang satu itu dan dapatkan model lain okey.

Nolan juga berada di kedudukan keempat dengan markah purata 4.5 bintang untuk kesemua 11 unit helmet yang diuji SHARP. Apa yang lebih hebat ialah model helmet flip-up mereka mendapat markah 100 peratus bagi memastikan bar pemegang bahagian flip-up itu tidak tertanggal. Pujian harus diberikan kepada pembuatan, rekaan dan kawalan mutu yang baik.

  1. Shoei

Siapa tak kenal Shoei, pembuat helmet ternama dengan menggunakan material terbaik dan kualiti unggul. Mereka sepatutnya mendapat kedudukan yanglebih baik tetapi daripada 10 unit helmet mereka yang diuji hanya tiga unit mendapat markah penuh, yang lain adalah sekitar 3 ke 4 bintang. Tapi ia bukannya teruk sangat dan boleh diperbaiki.

  1. Duchinni

Pernah dengar tak? Duchinni merupakan pengeluar helmet dari China tetapi menghasilkan helmet yang baik dan selamat dengan harga yang lebih murah. Semua helmet mereka dihasilkan daripada polikarbonat. Daripada 11 helmet yang diuji, satu mendapat 5 bintang  dan lapan lagi mendapat 4 bintang daripada SHARP. Pencapaian yang cukup baik untuk helmet bukan premium.

  1. Scorpion

Sebuah lagi jenama dari China ialah Scorpion EXO. 13 unit telah diuji oleh SHARP dengan markah diperolehi sekitar 3.5/5 bintang. Setiap helmet mendapat markah antara 3 ke 4 bintang setiap satunya. Boleh tahan untuk syarikat yang berasal dari China kan?

  1. Nitro

Satu-satunya jenama helmet British dalam senarai Top 10. Mereka menghantar jumlah helmet paling banyak untuk diuji iaitu 22 unit tetapi purata markah ialah sekitar 3.5/5 bintang menyebabkan markah mereka hampir menyamai Scorpion cuma kurang sedikit je.

  1. Roof

Roof baru sahaja memasuki senarai Top 10, bukan sebab helmet mereka kurang berkualiti tetapi mereka cuma menghantar 4 unit helmet untuk diuji oleh SHARP. Sebenarnya mereka perlu menghantar lebih banyak unit untuk ujian tetapi sebab rekaan mereka memang menarik dan markah pun boleh tahan sekitar 3 ke 4 bintang, bolehlah di beri kedudukan ke sembilan dan senarai ini.

  1. Arai

Ini mesti paling mengejutkan buat peminat motosikal dan jentera orimotor terpilih Malaysia. Arai, jenama terkenal dari Jepun cuma berada di kedudukan ke sepuluh mengikut hasil ujian yang dijalankan SHARP. Kenapa? Why?

Sebabnya ialah daripada 11 unit yang diuji, markah purata yang diperolehi hanyalah sekitar 3.5 bintang. Kalau ikut markah ujian sekolah menengah, ini dikira sebagai pencapaian sederhana. Tapi ujian baru-baru ini dijalankan menunjukkan sedikit peningkatan pada jenama kesayangan ramai ini. Sabar ye, mungkin tahun depan Arai akan dapat 5A, opps…maaf, 5 bintang.

Google ads
Back to top button