Motosikal

ARAI RAIKAN JOEY DUNLOP DENGAN HELMET EDISI TERHAD- HANYA 600 UNIT

Sebagai memperingati lagenda Isle of Man TT, Joey Dunlop yang telah pun meninggal dunia 25 tahun lalu, Arai memperkenalkan helmet edisi terhad.

Helmet berasaskan model RX-7V Evo itu merupakan tawaran istimewa untuk peminat Dunlop dengan hanya 600 unit dihasilkan untuk pasaran dunia.

Menurut Arai, setiap unit helmet tersebut datang dengan nombor siri termasuk sijil khas yang ditandatangani isteri mendiang, Linda Dunlop. Helmet berkenaan hadir dengan gabungan warna kuning dan hitam bagi menyamai warna pilihan Joey Dunlop.

Dunlop yang meninggal dunia pada 2 Julai 2000 itu memiliki 26 kejuaran IOMTT sebelum rekodnya diatasi anak saudara, Michael Dunlop dengan 33 kemenangan.

Helmet edisi terhad itu memenuhi piawaian ECE22.06 terbaru dan dijual pada harga GBP869.99 (RM5,000).

Google ads
Back to top button