
ARAI TAWAR VISOR DENGAN SISTEM PROTECTINT, HARGA BERMULA RM283
Menunggang motosikal sememangnya mencabar, bukan hanya perlu mengharungi cuaca hujan atau panas terik, sekali gus menjadikan pemilihan visor topi keledar adalah suatu hal sangat penting untuk penunggang.
Kini, Arai dan Pinlock dilapor hadir dengan penyelesaian kepada masalah itu dan ia mungkin tidak akan menelan kos begitu mahal.
Visor dengan sistem ProtecTINT tersebut akan bertindak balas kepada paras cahaya UV. Jadi visor itu akan melindungi daripada cuaca terlalu cerah dan membolehkan anda menunggang dalam keadaan gelap.

Sistem ini akan menjadi minat khusus kepada pengguna Arai kerana ia mempunyai sistem Pro Shade yang merupakan visor berwarna luaran. Dari segi reka bentuk, visor ini bagaimanapun tidak kelihatan elegan.
Setakat ini, sistem ProtecTINT hanya tersedia pada topi keledar yang menggunakan jenis SAI, bukan visor VAS lebih baharu seperti yang terdapat pada Quantic, ChaserX dan RX-7V Evo.
Melihat pada ciri ProtecTINT, pengguna boleh mempertimbangkan untuk mendapatkannya. Namun untuk penunggang yang mementingkan reka bentuk, Arai perlu membuat sesuatu supaya ia tampil lebih menarik.
Arai juga perlu mengembangkan lagi ciri ini untuk beberapa topi keledar jenis VAS. Pinlock ProtectTINT dijual pada harga AS$65 (RM283) dan maklumat lanjut mengenai visor ini boleh didapati di laman web rasmi mereka.
- BACA: HOBI âKOLEKSI KAMI MAHALâ â HELMET SHOEI J-FORCE 2 TERJUAL PADA HARGA RM86K!
- BACA: ZEUS LANCAR 2 HELMET BAHARU DI MALAYSIA. REKAAN KLASIK, BERMULA RM140 SAHAJA
- BACA: BENGANG DIHON, PENUNGGANG MOTOSIKAL PECAH CERMIN KERETA DENGAN HELMET
- BACA: TAK PAKAI HELMET, WANITA TIDAK DITAHAN POLIS SELEPAS LAUNG TAKBIR