Motosikal

ARAI TERIMA PINGAT EMAS KESELAMATAN DARIPADA FIM

Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM) baru-baru ini menganugerahkan pingat emas Nicolas Rodil del Valle  yang cukup berprestij kepada Arai Helmets. 

Mula diberikan pada tahun 1983, pingat emas Nicolas Rodil del Valle biasanya dianugerahkan kepada individu yang telah memberi sumbangan signifikan kepada dunia perlumbaan dan pengurusan perniagaan jentera dua roda.

Ini merupakan pertama kali pingat tersebut diberikan kepada pengeluar peralatan motosikal. 

Anugerah itu diserahkan pada majlis gala tahunan FIM di Monte Carlo, Monaco yang berlangsung November lalu. Ia diterima oleh anak pengasas syarikat Arai, Hirotake Arai dan Ketua Pegawai Eksekutifnya.

Arai dipilih atas sumbangannya dalam memberi keselamatan kepada ramai pelumba, selain pelbagai pencapaian dalam sukan bermotor sejak bertahun-tahun lamanya.

“Dengan anugerah ini, Arai Helmets akan terus menghasilkan topi keledar terbaik demi keselamatan para pelumba. Lagipun Arai merupakan pengeluar topi keledar pertama di Jepun.

“Jadi, tidak keterlaluan jika dikatakan sumbangan ini telah diiktiraf di seluruh dunia dan membolehkan kami menerima anugerah ini,” kata Arai dalam satu kenyataan. 

Sejak diasaskan pada tahun Oktober 1950, Arai tidak pernah jemu menghasilkan topi keledar yang luar biasa untuk kegunaan semua.

Google ads
Back to top button