Buletin

OPPO, VIVO & XIOMI DAKWA APPS HONGMENG 60% LEBIH PANTAS

Isyarat terbaru dari dari China kini datang dengan pengumuman bahawa sistem operasi telefon pintar baru Huawei boleh digunakan untuk memacu telefon pintar yang lain, dalam usaha memecahkan dominasi Google Android di pasaran.

Menurut Global Times China, “Huawei dilaporkan sedang menguji menguji secara ekstensif sistem operasi proprietari (OS) HongMeng dengan gergasi internet dan vendor telefon pintar domestik. Ia dijangka akan dilancarkan dalam beberapa bulan akan datang.”

Ia sebagai satu usaha China untuk memecah ekosistem telefon pintar global dan menyediakan alternatif kepada perisian dan perkhidmatan Android yang dimonopoli Google. Sekiranya Huawei dan kerajaan China dapat memujuk pengeluar telefon pintar yang lain, maka teori itu akan menjadi lebih jelas daripada hanya satu usaha syarikat untuk bertahan dalam senaraihitam kerajaan AS.

Global Times memetik teknologi gergasi, Tencent, serta pembuat telefon pintar Xiaomi, Oppo dan Vivo, mengatakan bahawa syarikat teknologi utama China “sedang giat bekerja dengan Huawei untuk berusaha menggunakan OS HongMeng, yang juga dianggap sebagai tamparan besar kepada tindakan keras yang diketuai oleh Amerika Syarikat.

Terdapat laporan bahawa OS baru akan dilancarkan pada pelancaran Huawei Mate 30 dijangka pada musim luruh. Namun begitu eksekutif kumpulan pengguna perniagaan Huawei memberitahu akhbar bahawa tarikh pelancaran sebenar kekal “rahsia.”

Global Times juga memberitahu bahawa OS baru akan “60% lebih pantas daripada Android,”

Google ads
Back to top button