Buletin

KERAJAAN TIDAK AKAN UMUM SAMA ADA KAMERA AES BERFUNGSI ATAU TIDAK – MENTERI

Kementerian Pengakutan hari ini menegaskan bahawa pihaknya tidak akan mendedahkan status dan kondisi 45 kamera AES yang dipasang di sepanjang lebuh raya dan jalan utama sama ada ia berfungsi atau sebaliknya. 

Ini dilihat sebagai satu langkah untuk menghalang pemandu daripada melanggar peraturan jalan raya. 

Menterinya, Anthony Loke mengakui sedar tentang laporan media yang menyatakan kebanyakan kamera AES sebenarnya tidak berfungsi. 

“Kamera AES berfungsi untuk memberi amaran kepada pemandu. Matlamat kami adalah untuk memastikan pemandu lebih berhati-hati dan memberi perhatian semasa memandu. Dari segi psikologinya, apabila kita nampak kamera, kita akan perlahankan kenderaan. 

“Itulah tujuan utama kamera AES mengikut kerajaan sekarang. Apa tujuan kerajaan dahulu, saya tidak tahu. Motivasi saya sekarang, AES bukannya untuk menangkap sesiapa, tetapi mengingatkan pemandu supaya memperlahankan kereta. 

“Jadi, saya tidak akan bagitahu sama ada kamera itu berfungsi atau tidak. Kalau saya beritahu kamera AES tidak berfungsi, semua orang akan mula memecut. Tapi jangan pula ambil kesempatan dan fikir kamera AES ini tidak berfungsi kerana mungkin berfungsi. 

“Kami tahu apa yang sedang berlaku. Apa pun, ada sebab kenapa kamera AES itu dipasang iaitu mengingatkan pemandu supaya lebih berhati-hati,” jelas Anthony.

Google ads
Back to top button