
12 SYARIKAT KONSESI LEBUH RAYA CATAT RUGI, KURANG TRAFIK
Sebanyak 12 syarikat pemegang konsesi lebuh raya mengalami kerugian, berdasarkan Laporan Kewangan Berakhir Tahun 2024 bagi syarikat berkenaan.
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan memaklumkan kerugian membabit konsesi bagi Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX) iaitu Maju Expressway Sdn. Bhd, Lebuhraya KLK dan LPT1 (ANIH Berhad), Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) (Projek Lintasan Shah Alam Sdn Bhd), Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) (Projek Lintasan Damansara-Shah Alam Sdn Bhd) dan Lebuhraya Senai-Desaru (SDE) (Senai Desaru Expressway Berhad).
Selain itu, Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) (SKVE Holdings Sdn Bhd), Lebuhraya Setiawangsa-Pantai (SPE) (Lebuhraya DUKE Fasa 3 Sdn Bhd), Lebuhraya Kajang Seremban (LEKAS) (Lebuhraya kajang Seremban Sdn Bhd), Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE) (Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Klang Sdn Bhd), Terowong Jalan Dan Pengurusan Air Banjir (SMART) (Syarikat Mengurus Air Banjir & Terowong Sdn Bhd), Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) (West Coast Expressway Sdn Bhd) dan Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB) (Lingkaran Luar Butterworth (Penang Sdn Bhd).

Beliau menjawab soalan Zahir Hassan (PH-Wangsa Maju) mengenai prestasi syarikat pemegang konsesi lebuh raya di negara ini dari segi untung dan rugi.
Sementara itu, Ahmad memaklumkan, sebanyak 15 syarikat konsesi mencatatkan keuntungan, termasuk PLUS Berhad, yang mengendalikan Lebuhraya Utara-Selatan (LUS), Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE), Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH), Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA) dan Jambatan Pulau Pinang (JPP).
Selain itu, pengendali Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2, iaitu Lebuhraya Pantai Timur 2 Sdn Bhd, Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA) (Besraya (M) Sdn Bhd), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) (Prolintas Expressway Sdn Bhd), Lebuhraya Cheras Kajang (GRANDSAGA) (GRANDSAGA Sdn Bhd), Lebuhraya Jalan Pintas Selat Klang Utara Baru (NNIKSB) (GRAND SEPADU (NK) Sdn Bhd) dan Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) (Projek Lintasan Kota Sdn Bhd).
Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR) (KL-Kuala Selangor Expressway Bhd), Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT) (Sistem Penyuraian Trafik KL. Barat Sdn Bhd), Lebuhraya Baru Pantai (NPE) (New Pantai Expressway Sdn Bhd), Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) (Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd), Lebuhraya Shah Alam (KESAS) (Kesas Sdn Bhd), Lebuhraya Duta-Ulu Klang (DUKE) (Konsortium Lebuhraya Utara-Timur (KL) Sdn Bhd), Lebuhraya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang (SILK) (Sistem Lingkaran Lebuhraya Kajang Sdn Bhd) dan Jambatan Kedua Pulau Pinang (Konsesi Jambatan Kedua Sdn Bhd).
Justeru, Ahmad berkata, mana-mana pihak yang mencadangkan pembinaan lebuh raya supaya mengambil kira, sama ada ia akan memberi keuntungan atau kemungkinan akan membebankan kerajaan kelak.
“Jika tidak cukup trafik, belum tentu boleh untung. Contohnya, ramai yang minta untuk LPT3 dilaksanakan antara Kuala Terengganu-Kota Bharu dengan anggaran tol RM70 dan kos pembinaan RM10 bilion. Untungkah?
“Jika tidak untung, jadi payah nanti kerana kerajaan akan menanggung kembali kerugian mengambil alih dan sebagainya,” katanya. – Harian Metro
- BACA: iCAUR V23 DILANCARKAN – DUA VARIAN, JARAK GERAK SEHINGGA 430KM, HARGA BERMULA RM119K
- BACA: MKA GROUP DILANTIK PENGEDAR RASMI IPONE DI MALAYSIA
- BACA: PEMILIK SAMAN VINFAST DAKWA VF 8 AMBIL HAMPIR 24 JAM UNTUK DICAS
- BACA: SHELL APP KINI INTEGRASI BUDI95 – PENGGUNA LAYAK BOLEH PERIKSA, GUNA KUOTA SUBSIDI








