DISYAKI LUMBA HARAM. 107 BUAH KERETA DITAHAN DI LEBUHRAYA TANPA HADLAJU – AUTOBAHN
Mungkin ramai yang dah tahu, tapi mungkin ramai juga yang belum tahu. Di Jerman, lebuhraya utama mereka Autobahn merupakan satu-satunya jalan awam di dunia yang membenarkan kereta dipandu tanpa ada had laju.
Namun yang demikian, bukan keseluruhan lebuhraya tersebut boleh memecut ikut tekak kita. Hanya seksyen tertentu sahaja yang digajetkan sebagai kawasan tanpa had laju. kebanyakannya laluan lurus, rata dan bukan berhampiran kawasan berkepadatan penduduk atau urban.
Pada hari Khamis lepas, pihak polis Jerman telah menahan 107 buah kereta pelbagai jenama yang terdiri dari Lamborghini., Porsche, Audi, Volkswagen kerana dipercayai terlibat dalam lumba haram.
Ia adalah skala yang besar dan memaksa polis menggunakan segala kelengkapan yang mereka ada. Pihak polis bertindak atas aduan orang awam di kawasan rehat berhampiran seksyen A20 dekat Mecklenburg-Vorpommern.
Akibat jumlah kenderaan yang besar, pihak polis juga terpaksa memeriksa kesemua kereta tersebut dengan membuat stesen sementara dibantu oleh dua buah helikopter serta anggota tambahan dari Presidia Rostock dan Neubrandenburg.
Siasatan awal mendapati mereka datang dari sekitar Eropah. Ia adalah konvoi acara “Eurorally” dari Norway telah membuat perjalanan dari Oslo ke Prague.
Para peserta dikatakan membayar 799 Euro untuk program tersebut namun penganjur dikatakan tidak dapat mengawal gelagat sesetengah peserta yang memandu secara sembrono dan merbahaya. Ia berlaku semasa perjalanan peringkat kedua sejauh 400 kilometer dari Kiel ke Szczecin di Poland.
Menurut jurucakap polis, mereka telah disiasat dan konvoi tersebut dihentikan sepenuhnya.
Penganjur pula memberitahu bahawa, Eurorally adalah acara konvoi dan bukannya perlumbaan. Mereka mengecam keras peserta yang tidak mengikut peraturan jalanraya tersebut.
GALERI