BAYI LAHIR DALAM PERJALANAN KE HOSPITAL DINAMAKAN SEMPENA LEBUHRAYA
Menamakan nama anak bersempena dengan nama kereta/motor bukanlah sesuatu yang asing. Khususnya dalam budaya Barat yang tidak mementingkan maksud di sebaliknya. Asalkan bunyinya sedap disebut, boleh saja.
Mungkin anda masih ingat kejadian tular di mana di Indonesia, sepasang suami Isteri menamakan bayi mereka dengan nama “Pajero Sport”. Tak lama selepas itu, ia berjangkit kepada nama Suzuki Ignis.
Di Barat, seorang bapa, menamakan anak kembarnya dengan nama Ducati. Tiada yang menghairankan.
BACA: BAYI DINAMAKAN “PAJERO SPORT”
BACA: AYAH PEMINAT DUCATI, JADI NAMA ANAK
BACA: SUZUKI IGNIS PUN JADI NAMA ANAK
Tapi ini ialah kisah isteri yang melahirkan anak dalam perjalanan ke hospital. Lebih tepat, ketika pasangan ini sedang memandu di lebuhraya Long Island Expressway (LIE).
Menurut the New York Post, bayi tersebut, yang sepatutnya dinamakan dengan Aurora telah ditukar kepada Allie. AL yang digabungkan dengan nama lebuhraya LIE – ALLIE.
Menarik juga ideanya, bayangkan pula nama lebuhraya di Malaysia. misalnya, Muhammad PLUS?, Aidil Silk?, John Karak? Abdul Lekas?