Buletin

LEBUHRAYA PAN BORNEO AKAN DIBUKA SECARA BERPERINGKAT

Beberapa jajaran sektor di Lebuhraya Pan Borneo di Sarawak yang telah dinaik taraf dari dua lorong ke lorong empat lorong dua hala akan dibuka kepada orang ramai pada bulan Julai nanti.

“Pembangunan ini akan mengurangkan ketidakselesaan pengguna jalan raya semasa pembinaan lebuh raya,” kata Timbalan Menteri Kerja Raya Mohd Anuar Mohd Tahir.

Beliau berkata demikian semasa menggulung perbahasan diraja di Dewan Negara untuk kementeriannya hari ini.

Untuk projek yang sama di Sabah, Mohd Anuar berkata sehingga kini, 12 daripada 35 pakej kerja telah diberikan kepada kontraktor yang telah memulakan kerja pembinaan dengan status kemajuan keseluruhan projek mencapai 13.43 peratus.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan, kontrak salah seorang kontraktor yang melibatkan laluan Tawau ke Semporna telah ditamatkan kerana prestasi yang lemah.

KREDIT: BERNAMA

Tags
Google ads
Back to top button