,
Artikel PilihanBuletin

OPERASI MOTOR. BUKAN YSUKU SAJA, SEMUA MOTOR PUN KENA – JPJ

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan operasi penguatkuasaan membabitkan modifikasi motosikal hanya melibatkan pemilik motosikal jenis Yamaha Y15ZR atau lebih popular dikenali Ysuku.

Ketua Pengarah JPJ Datuk Seri Shaharuddin Khalid berkata, operasi penguatkuasaan modifikasi motosikal tidak mengikut spesifikasi JPJ melibatkan kesemua jenis motosikal dan tidak pernah memfokuskan kepada motosikal jenis Ysuku sahaja.

“Saya perlu perbetulkan, JPJ akan ambil tindakan terhadap semua jenis motosikal yang diubah suai tidak mengikuti spesifikasi ditetapkan JPJ bukan Ysuku sahaja seperti ubah suai ekzos dan cermin (sisi),” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata, trend modifikasi motosikal bukan sahaja melibatkan Ysuku tetapi membabitkan motosikal model lain yang boleh membawa risiko bahaya kepada pemiliknya.

Untuk rekod, netizen dalam media sosial mendakwa operasi penguatkuasaan JPJ dan polis melibatkan modifikasi motosikal Ysuku sahaja sekali gus menimbulkan salah faham pemilik motosikal berkenaan yang mendakwa menjadi mangsa keadaan terutama sekali motosikal yang tidak diubah suai.

KREDIT: BERNAMA

Google ads
Back to top button