Buletin

2ND BATCH BMW X5 xDRIVE45e DENGAN M PERFORMANCE PARTS SUDAH TIBA. TERHAD 22 UNIT, RM481K

Kumpulan kedua BMW X5 dengan M Performance Parts edisi terhad pemasangan tempatan yang diperkenalkan oleh pengedar Auto Bavaria tahun lalu kini sudah tiba. 

Terhad kepada 22 unit sahaja, jentera berkenaan ditawarkan pada harga RM480,800 dan hadir berdama hadiah percuma bernilai RM22,000. 

Pakej M Performance Parts bernilai RM36,600 terdiri daripada: 

  • Gril hadapan hitam berkilat
  • Perumah cermin sisi gentian karbon
  • Rim aloi Star Spoke 748M bersaiz 20 inci bersama sistem pemantauan tekanan tayar

Hadiah percuma bernilai RM22,000 melibatkan:

  • Beg mewah 
  • Payung BMW
  • Kit penjagaan kulit dengan perlindungan UV
  • Baucar pad brek dan cakera brek BMW
  • Cawan seramik STTOKE Classic 16oz  

“Kumpulan pertama sebanyak 30 unit berjaya dijual dalam masa hanya seminggu. Jentera edisi terhad ini menawarkan tarikan tersendiri kepada pelanggan kami,” kata Pengarah Urusan Sime Darby Auto Bavaria, Vi Thim Juan. 

Google ads
Back to top button