Buletin

3 JURUTERBANG CATHAY PACIFIC KENA PECAT. PUNCA 150 PEKERJA DIJANGKITI COVID-19

Syarikat penerbangan Cathay Pacific Airways memecat tiga juruterbang pesawat kargonya kerana dijangkiti Covid-19 ketika transit panjang (layover) di Frankfurt, Jerman.

Keputusan tersebut dilakukan berikutan tiga juruterbang itu didapati ‘melanggar peraturan yang ditetapkan ketika berada di luar negara’.

“Ketiga-tiga juruterbang itu tidak lagi berkhidmat dengan Cathay Pacific,” jelas syarikat itu menerusi kenyataan.

Menurut South China Morning Post, ketiga-tiga juruterbang itu disyaki keluar dari bilik mereka ketika berada di Jerman.

Tindakan kesemua juruterbang berkenaan menyebabkan lebih 150 petugas Cathay dijangkiti Covid-19, termasuk beberapa juruterbang lain dan kru penerbangan.

Susulan kes tersebut, Cathay akan meningkatkan pemeriksaan pematuhan di luar negara bagi memastikan protokol kesihatan dan keselamatan di patuhi sepenuhnya semasa transit.

Kesemua kru Cathay sudah menerima vaksinasi Covid-19 lengkap dan mereka juga diwajibkan mengambil suntikan dos penggalak dalam masa terdekat. – theguardian/UTUSAN

Google ads
Back to top button