Buletin

5 PERKARA KELUARGA MALAYSIA PERLU BUAT PASTIKAN PROSES ENDEMIK BERJALAN LANCAR

Di sebalik semua kelonggaran yang telah diumumkan kerajaan, hakikatnya rakyat negara  terpaksa hidup bersama virus Covid-19.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata situasi itu bukan sahaja menuntut rakyat untuk terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP), malah penting untuk meningkatkan penilaian kendiri demi melindungi Keluarga Malaysia.

“Justeru, bagi mereka yang masih belum divaksin, segeralah berbuat demikian. Ini kerana banyak kelonggaran yang telah diumumkan seperti merentas negeri, melancong dalam dan luar negara, dine-in, dan sebagainya bergantung kepada syarat lengkap vaksinasi,” katanya.

Beliau menambah, data terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukkan bahawa vaksinasi telah berjaya menurunkan kadar kemasukan pesakit Covid-19 ke ICU sebanyak 83 peratus dan kadar kematian akibat jangkitan Covid-19 sebanyak 88 peratus.

Katanya, bagi memastikan proses peralihan negara ke fasa endemik berjalan lancar dan selamat, rakyat kini memikul tanggungjawab yang besar untuk mejayakan usaha itu.

Antara langkah yang harus dilaksanakan ialah mengukuhkan tindakan kesihatan awam kendiri dengan mengamalkan TRIIS iaitu:

  • TEST – Melakukan ujian pengesanan Covid-19 secara kendiri sekiranya alami simptom-simptom jangkitan.
  • REPORT – Laporkan keputusan ujian pengesanan secepat mungkin di MySejahtera.
  • ISOLATE – Lakukan kuarantin atau pengasingan kendiri dengan segera dan penuh disiplin sekiranya didapati positif supaya tidak bahayakan orang sekeliling.
  • INFORM – Segera maklum kepada kontak rapat anda sekiranya didapati positif dan laporkan juga semua kontak rapat melalui pautan di dalam MySejahtera. Maklumkan juga kepada CAC berhampiran sekiranya situasi kesihatan diri semakin merosot semasa menjalani kuarantin di rumah.
  • SEEK – Dapatkan rawatan segera di pusat-pusat perubatan atau CAC berhampiran sekiranya alami gejala berat.

Ismail Sabri berharap semua pihak akan terus berganding bahu kerana amat jelas kejayaan dalam peperangan ini
tidak akan berhasil tanpa usaha semua ahli Keluarga Malaysia.

Google ads
Back to top button