Buletin

MINI VISION URBANAUT DEBUT DI PAMERAN AUTO LA

MINI mendedahkan kenderaan konsep elektrik Vision Urbanaut pada Pameran Auto Los Angeles di Amerika Syarikat (AS).

Bagaimanapun, pengeluar kenderaan Britain itu tidak mengesahkan sama ada akan mengeluarkan model produksi untuk di pasarkan kepada orang ramai.

Rekaan luaran Vision Urbanaut menampilkan lampu utama berbentuk bulat dipadankan bar lampu LED sekali gus menyerlahkan rupa para MINI.

Ia dilengkapi gril hadapan futuristik, rim berwarna biru, pintu gelangsar dan cermin hadapan yang boleh ditarik ke depan.

Ruang dalaman pula, mengetengahkan elemen-elemen moden dan futuristik dengan tempat duduk pemandu boleh berpusing serta papan pemuka yang boleh dijadikan katil.

Selain itu, ia turut dilengkapi meja dan kotak tanaman kecil pada bahagian tempat duduk belakang.

Vision Urbanaut dibangunkan menggunakan pelbagai bahan kitar semula termasuk poliester, tencel dan benang.

Pada bahagian stereng dan lantai kenderaan konsep itu juga menggunakan gabus dalam melestarikan alam sekitar.

Menurut pereka MINI, Oliver Heilmer, kemungkinan besar BMW bercadang membangunkan versi produksi Vision Urbanaut. – carscoops

Google ads
Back to top button