
BLACK HAWK TERBANG TANPA PILOT
Sebuah helikopter UH-60A Black Hawk milik tentera Amerika Syarikat (AS) berjaya melakukan dua penerbangan tanpa menggunakan khidmat juruterbang baru-baru ini.
Bahkan, penerbangan selama 30 minit itu dilakukan tanpa kelibat manusia di dalam helikopter dari Fort Campbell, Kentucky pada Sabtu minggu lalu dengan satu lagi penerbangan turut dilakukan pada Isnin.
Penerbangan tanpa juruterbang itu merupakan projek perkongsian antara Lockheed Martin Sikorsky dan Agensi Projek Penyelidikan Senjata Pertahanan (DARPA).
DARPA ialah sebuah agensi penyelidikan dan pembangunan yang bertanggungjawab bagi kemunculan teknologi baharu untuk Jabatan Pertahanan AS.
Black Hawks digunakan untuk pelbagai peranan dalam tentera AS termasuk misi khas.
Stuart Young iaitu pengurus program di Pejabat Teknologi Taktikal DARPA, berkata bahawa helikopter tersebut telah dipasang semula dengan teknologi autonomi Sikorsky MATRIX yang membentuk teras Sistem Automasi Dalam Kokpit (ALIAS) selain boleh mengubah cara penerbangan. – SH









