Buletin

4 PERKARA YANG MENYEBABKAN PAD BREK PERLU DITUKAR

Katakan anda ada bajet tambahan lepas berjimat cermat dan berniaga ketika PKP bulan lepas, rasa gatal tangan pula nak bagi kereta kesayangan sedikit naik taraf. Nak beli kereta baru risau tak mampu nak tanggung komitmen besar.

Jadi mari la kita tukar rim sukan baru, bar anti oleng, bahan kedap bunyi, bar penstabil, sayap jet F35 dan juga tayar baru yang lebih lebar.

Tapi anda terlupa satu perkara iaitu pad brek yang berkualiti tinggi. Jika anda mempunyai pemerhatian dan tabiat memandu seperti di bawah, maka anda patut menukar pad brek yang lebih berkualiti dengan segera.

1. Setiap kali anda memandu laju dan membrek secara agresif, terdapat satu bau yang agak pelik mula dihidu dalam kereta. Bau seperti besi bergesel, besi terbakar dan hangit. Bau ini hanya dapat dihidu sewaktu anda memandu kereta dengan laju dan membrek secara agresif.

2. Kereta yang dipandu oleh anda sering digunakan untuk kepuasan memandu di litar perlumbaan dan juga di jalanraya

3. Segala naik taraf yang dilakukan akan menyebabkan berat kereta anda semakin bertambah. Lebih berat kereta anda, maka anda perlukan kuasa membrek yang lebih pendek dan bagus

4. Jika anda mendapati berat kereta anda bertambah, secara automatik anda akan menaiktaraf kuasa enjin bagi membolehkan pecutan yang lebih baik dilakukan. Jadi, kuasa pecutan perlu dikawal dengan kuasa membrek yang lebih bagus.

Kami bukan mengatakan brek OEM ataupun pad brek asal yang dipasang di kilang tidak bagus.

Pad brek OEM direka untuk beroperasi dengan pemanduan normal, tahan lebih lama tapi disebabkan kos pengeluaran ia bukanlah dihasilkan untuk prestasi brek yang yang diperlukan di litar.

Maka tidak hairanlah pad brek jenama terkemuka seperti Trestor Advantage Performance menjadi pilihan utama Mohamed Azman (The Red Baron) bagi dipasang pada jentera perlumbaannya.

Azman merupakan juara Gymkhana, Autocross, Time Attack Championship dari tahun 2012-2017 berturut-turut.

“Kelajuan bukanlah perkara utama dalam perlumbaan. Perkara utama dalam perlumbaan ialah keselamatan. Bila bercakap soal keselamatan, keupayaan membrek adalah paling penting” ujar Azman.

Azman memilih pad brek Trestor Advantage kerana berdasarkan pengalamannya, selepas 15 pusingan di dalam litar kecil keupayaan membrek jenteranya masih lagi bagus dan tanpa masalah kehilangan brek.

Google ads
Back to top button