Buletin

PULANG KE BERAYA KE KAMPUNG LEBIH SELAMAT DENGAN PAD BREK TRESTOR

Pernahkah anda tertanya-tanya kenapa pelapik brek depan lebih cepat haus berbanding dengan pelapik brek belakang?

Ini kerana kebanyakan kereta moden terutama kereta untuk kegunaan harian menggunakan kombinasi brek cakera di depan dan brek drum di belakang.

Konsep operasi brek adalah sangat mudah, ia menggunakan geseran di antara pelapik brek dengan cakera brek bagi menghentikan kereta. Apabila pedal brek ditekan, tekanan tadi akan dipindahkan kepada pelapik brek melalui cecair hidraulik.

Tenaga kinetik daripada kereta akan ditukar kepada tenaga haba apabila pelapik brek bergesel dengan cakera brek sehingga kereta berhenti. Ketika brek ditekan, berat kereta akan dipindahkan dari bahagian belakang ke bahagian depan.

Ini menyebabkan brek depan perlu bekerja dengan lebih keras berbanding brek belakang. Jadi, adalah normal untuk brek hadapan dibebani sehingga 70 peratus tugas membrek berbanding brek belakang.

Keadaan ini menyebabkan pelapik brek depan lebih cepat menjadi nipis. Ini antara tanda pelapik brek anda sudah mula nipis dan perlu diganti dengan segera:

1. Bunyi – ada bunyi nyaring atau besi bergesel apabila pedal brek ditekan. Pelapik brek akan dipasang dengan “shim” atau besi nipis yang menghasilkan bunyi sebagai amaran kepada anda bila pelapik brek menjadi nipis

2. Pedal brek tenggelam –pedal brek perlu ditekan dengan lebih dalam bagi memastikan brek mencengkam dan kereta mula berhenti

3. Jarak – kenderaan anda perlukan jarak yang lebih jauh untuk berhenti sepenuhnya berbanding sebelum ini, walaupun anda memandu pada halaju yang sama

4. Bergegar – pedal brek akan bergegar setiap kali anda menekan brek. Gegaran ini adalah sekata dan boleh dirasa dengan kaki

5. Brek tak sekata – kadangkala pelapik brek kereta haus dengan tidak sekata di bahagian depan kiri dan kanan. Keadaan ini menyebabkan bahagian kereta rasa “ditarik” ke kiri atau kanan setiap kali pedal brek ditekan.

Pemandu yang cermat akan memeriksa ketebalan pelapik brek setiap kali keretadi servis secara berkala iaitu setiap 6 bulan atau 10,000km. Selain minyak enjin, pelapik brek adalah sangat penting bagi menjamin keselamatan, terutama ketika pulang ke kampung untuk berhari raya tidak lama lagi.

Jika anda perlukan kuasa membrek yang lebih berkuasa setiap kali menekan pedal brek, boleh cuba jenama Trestor. Ia merupakan jenama yang dibangun dan diuji di Australia bagi prestasi brek serta kualiti yang bagus.

Terdapat tiga jenis pad brek yang boleh dicuba dan sesuai denga gaya pemanduan anda iaitu:

1. Trestor Deluxe Organic – dihasilkan daripada sebatian organik bebas asbestos, ia diadun dengan elastomer sintetik, penstabil geseran organik serta grafit bagi menghasilkan brek yang lancar dan konsisten dalam apa jua keadaan cuaca.

2. Trestor Metallic Plus – dipasang bersama bahan penebat haba di antara pelapik brek dengan plat besi untuk mengurangkan pemindahan haba daripada pelapik brek kepada cecair hidraulik, terutama ketika kuasa brek maksimum diperlukan.

Ia direka khusus bagi pemanduan lebih agresif yang memerlukan kuasa brek maksimum dan konsisten sepanjang masa.

3. Trestor Advantage – dihasilkan dengan kandungan rendah bahan besi, tetapi mampu beroperasi dengan cemerlang dakan suhu tinggi. Justeru, ia berupaya mengatasi masalah brek hilang kuasa mencengkam ketika panas. Kuasa brek juga akan lebih konsisten walaupun ketika memandu pada halaju tinggi.

Pelapik brek jenama Trestor telah diuji dan digunakan oleh kebanyakan pemandu berpengalaman di Malaysia. Anda boleh membaca respon positif yang diberikan oleh pengguna pelapik brek Trestor di www.facebook.com/trestormalaysia

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai produk Trestor atau ingin mendapatkan panduan untuk memilih pad brek yang betul, mesej sahaja ke laman Facebook rasmi Trestor.

Google ads
Back to top button