TRESTOR-PAD BREK FORMULASI TERMAJU
Hari makin gelap dan penulis mula menekan pedal minyak bagi melajukan kereta. Jalan Grik-Jeli yang kosong membuatkan penulis berasa yakin untuk memandu dengan laju. Terdapat sebuah Persona di hadapan dan penulis mula mengekori kereta tersebut.
Agaknya pemandu tersebut pun sudah biasa dengan jalan ini dan penulis mulai mengejar kereta tersebut. Hanya ketika menuruni bukit terakhir barulah penulis berjaya memotong Persona tersebut pada kelajuan 2 kali ganda yang dibenarkan oleh jalan raya biasa.
Namun sebaik sahaja brek ditekan untuk memperlahankan kereta ketika menghampiri lori, brek kereta mulai bergegar. Kuasa membrek tetap ada namun gegaran pada stering semakin kuat. Namun nasib baik ia masih berfungsi dengan baik. Tekaan penulis ialah akibat memandu terlalu laju, haba yang terkumpul pada rotor brek dan pelapik brek menyebabkan salah satu komponen mengembang
Kemudian proses penyejukan menyebabkan komponen kembali pada saiz asal dengan cepat atau mengalami distortion. Nasib baik selapas memandu dalam keadaan biasa dan berhenti seketika dalam 20 minit sistem brek kembali normal. Ketika kereta bergerak, ia akan memiliki potensi tenaga kinetik yang besar dan sebaik sahaja pedal brek ditekan, tenaga kinetik tersebut akan ditukar menjadi tenaga haba.
Memandangkan usia kereta pun dah melebihi 5 tahun iaitu melebihi usia jaminan pengeluar, rasanya elok kita tukar saja pad brek OEM kepada jenama REM yang lebih tahan lasak. Bukan bermaksud pad brek yang original tidak bagus tapi pad brek OEM direka untuk beroperasi dengan baik dalam pemanduan normal. Ia direka untuk beroperasi dengan mengeluarkan habuk yang minima, tiada bunyi brek dihasilkan dan prestasi pemberhentian yang lancar.
Dalam pasaran pad brek boleh dihasilkan dari tiga jenis material yang berbeza iaitu Non Asbestos Organic, Semi Metallic dan Low Metallic. Kebanyakan pad brek kereta jenama tempatan dan Jepun akan dihasilkan dari kategori Non Asbestos Organic. Pad brek dari jenis ini biasa amat sesuai bagi pemanduan harian. Salah satu perkara yang boleh dinaiktaraf ialah dengan menukar pad brek kepada Semi Metallic Brake Pad.
Ia menggunakan campuran bahan yang lebih lasak seperti tembaga, keluli, grafit, serta resin sebagai bahan yang mengikat struktur molekul. Pad brek jenis ini menghasilkan kuasa brek yang lebih baik, lebih tahan lasak dalam suhu tinggi, memandu dalam keadaan laju ketika menuruni bukit seperti yang dialami oleh penulis. Salah satu jenama yang mula mendapat perhatian pemilik kereta dari pelbagai jenama ialah Trestor yang dihasilkan daripada Semi Metallic.
Trestor merupakan jenama pad brek yang melalui proses pembangunan dan penyelidikan di Australia dan dikilangkan di Rayong, Thailand. Ia diedarkan oleh syarikat tempatan FMP Automtive Malaysia yang berpusat di Subang Jaya. Melalui beberapa testimoni yang dihasilkan oleh pengguna yang berpuas hati, pad brek Semi Metallic Trestor ini mampu menghasilkan kuasa brek yang amat baik di laluan berbukit walaupun selepas diuji tanpa henti selama beberapa jam.
Selain dari pad brek Semi Metallic, FMP Automotive juga memasarkan pad bek dari bahan organic, pad brek prestasi tinggi, brek untuk kenderaan komersial, pelapik brek belakang, serta minyak brek DOT 3 dan DOT 4. Untuk maklumat tambahan berkenaan pad brek Trestor anda boleh layari laman sesawang serta di laman social Facebook Trestor.