Buletin

400 KENDERAAN JAHANAM ‘DITELAN’ AIR PARKIR BAWAH TANAH

Musim monsun yang melanda bandar Mumbai, India telah mengakibatkan 400 buah kenderaan parkir di bawah tanah ditenggelami air akibat banjir.

Kejadian berlaku di lot parkir bawah tanah Thakur Complex memberi kesan teruk terhadap kenderaan-kenderaan pelbagai jenama terbabit.

Antara jenama mewah yang dapat dilihat termasuk Audi, Volkswagen dan Hyundai Creta.

Selain kereta-kereta, difahamkan terdapat pelbagai motosikal mengalami nasib sama dalam insiden berkenaan.

Kebanyakkan kenderaan mengalami kerosakan malah total lost apabila ditenggelami air sehingga paras bumbung.

Menurut laporan tempatan, air naik dengan pantas dalam beberapa minit sahaja dalam kejadian tersebut. – cartoq

Google ads
Back to top button