Buletin

BANJIR BESAR DI JERMAN. PULUHAN UNIT AUDI ROSAK TERUK

Jerman dan sebahagian Belgium kini berdepan dengan bencana banjir yang merupakan antara paling buruk dalam tempoh berdekad-dekad. Banjir besar itu menyebabkan lebih 100 orang mangsa maut dengan 1,300 lagi masih belum ditemui. 

Satu klip video daripada pengedar Audi Zantrum di Leverkusen menunjukkan kesan banjir melanda premis mereka. Jelas kelihatan beberapa buah Audi rosak teruk akibat banjir. Video tersebut dikongsi olehRoberto Ciulla yang melawat pusay pengedar itu sehari selepas banjir. 

Disebabkan oleh pergerakan air, beberapa unt kenderaan berada di atas kereta lain. Seperti yang boleh dilihat banjir itu merosakkan bahagian enjin, upholsteri dan elektrik kereta berkenaan. Antara model yang mengalami kerosakan itu termasuklah varian berprestasi tinggi RS. 

Sebagai contoh, pintu belakang sebuah RS6 Avant berwarna kelabu terbuka dan RS Q3 Sportback berada di atas bonetnya. Beberapa buah model elektrik seperti e-tron GT, e-tron dan e-tron Sportback juga mengalami kerosakan serius. 

Tidak terkecuali menerima kesan banjir besar itu ialah beberapa SUV seperti Q3, A5 dan Q8. Di tuang komen, seorang pengguna berkongsi satu klip video yang dirakam pada waktu malam. Ia menunjukkan beberapa buah SUV terapung dengan paras air hampir mencecah siling tingkat satu bangunan tersebut. 

Google ads
Back to top button