Artikel Pilihan

7 MITOS PENJIMATAN BAHAN API YANG SALAH

Masyarakat kita umumnya memang tidak dapat lari daripada mitos ataupun perkara-perkara tahyul. Lebih aneh, ada juga mitos mengenai isu automotif, contohnya dari segi penjimatan bahan api.

Bukan hanya di negara kita tetapi ia berlaku di seluruh dunia di mana ramai mempraktikkan cara yang salah untuk menjimatkan bahan api. Sunggoh ironik bila informasi begitu mudah diakses pada masa kini tetapi mitos ini masih wujud.

BACA: 5 BUAH KERETA DENGAN PINTU PELIK

Kenapa penjimatan bahan api begitu penting? Tentu sekali kerana kenderaan merupakan pelaburan kedua termahal dalam hidup kita selain dari rumah kediaman. Di sini kami ingin menjelaskan beberapa kekeliruan berkaitan dengan cara penjimatan bahan api.

1. ENJIN KENDERAAN MESTI DIPANASKAN BEBERAPA MINIT

Sebenarnya ini merupakan rutin yang diturunkan dari generasi di mana enjin kereta pada masa itu tidak secekap enjin moden yang kita gunakan sekarang. Enjin moden dengan sistem suntikan bahan api boleh terus bergerak sebaik enjin dihidupkan.

Mungkin jika berada di negara bersalji, anda mahu memanaskan ruang dalaman dan mencairkan fros pada cermin tetapi bagi negara kita rasanya tidak perlu.

Memang benar enjin akan menjadi lebih menjimatkan bila mencapai suhu operasi yang sesuai tetapi hampir kesemua pengeluar pada masa ini mencadangkan agar anda bergerak secara perlahan-lahan untuk memanaskan enjin dengan tidak membuat pecutan mendadak.

Malah kereta akan mencapai suhu yang diperlukan dengan lebih cepat sewaktu bergerak.

2. TAHAP EKONOMI BERGANTUNG KEPADA USIA KERETA

PIKAP OLDSKUL DATSUN GB120 SUNNYJika kereta anda sudah berusia 3, 7 ataupun 10 tahun, adakah ia akan menjadi semakin kurang menjimatkan? Memang kereta keluaran 10 tahun lepas tidak akan menjadi kenderaan cekap tenaga (EEV) seperti sesetengah kereta baru tetapi jika ia dijaga dan diselenggara dengan baik, tidak akan ada masalah dari segi  penjimatan bahan api.

3. LEBIH KECIL SAIZ KERETA LEBIH JIMAT

Ini memang benar tetapi tetapi dengan pengenalan teknologi baharu ia sudah tidak boleh digunapakai walaupun masih ramai yang mempercayai mitos ini.

Kenderaan yang jimat walaupun bukan dari jenis hibrid sebagai contoh ialah Mitsubishi Mirage manakala kategori hibrid pula ialah Toyota Prius C tetapi banyak lagi model lain yang lebih besar dan mempunyai tahap penjimatan yang setanding dengan model disebutkan.

BACA: KENAPA KERETA JEPUN LEBIH DIPERCAYAI?

Teknologi seperti hibrid, suntikan terus bahan api, pengecas turbo dan tayar kurang rintangan merupakan antara faktor yang menyumbang kepada penjimatan bahan api pada masa kini dan bukannya saiz sesebuah kereta itu sendiri.

4. GEAR MANUAL LEBIH MENJIMATKAN BAHAN API

Ini merupakan satu fakta yang sangat tidak betul pada masa sekarang. Kecanggihan kotak gear automatik sekarang telah menjadikannya setanding malah mungkin lebih baik dari kotak gear manual dalam sesetengah aspek.

Contoh yang terbaik ialah kotak gear CVT yang berfungsi dengan cukup baik dan lancar selain menjimatkan bahan api. Masalahnya ramai pemandu yang masih sukakan kotak gear manual walaupun terbukti kotak gear automatik mampu memberikan tukaran dan operasi yang lebih baik.

BACA: TIPS PENTING PENGGUNA CVT

Antara teknologi baharu kotak gear automatik ialah pengenalan klac berganda yang mampu meningkatkan tahap operasi dan telah diperkenalkan selama beberapa tahun kebelakangan ini.

5. ENJIN GUNA LEBIH PETROL SEMASA DIHIDUPKAN BERBANDING DALAM KEADAAN MELAHU

Ini fakta bagi mereka yang anti dengan teknologi stop-start. Sebenarnya enjin menggunakan lebih banyak minyak bagi setiap jam ia hidup walaupun dalam keadaan statik.

Oleh itu anda sepatutnya mematikan enjin jika berhenti untuk jangka masa yang lama kecuali dalam kesesakan trafik. Jangan bimbang susah start, sebab enjin generasi baharu boleh dihidupkan dengan mudah apatah lagi jika ia sudahpun dipanaskan.

6. PENGGUNAAN BAHAN API PREMIUM LEBIH MENJIMATKAN

Kajian lapangan dan makmal juga menunjukkan anda tidak akan mendapat sebarang faedah jika menggunakan bahan api premium untuk kenderaan yang tidak memerlukannya. Kecuali jika kenderaan anda memang disyorkan penggunaannya oleh pengeluar (contohnya Honda Civic Type R, GT-R, Swift Sport).

Jika tidak ada gangguan seperti “knocking”, teruskan menggunakan bahan api yang biasa. Tambahan oktana pada petrol premium tidak akan mempengaruhi tahap penggunaan bahan api kecuali memberikan kos tambahan kepada poket anda.

7. MENUKAR PENAPIS UDARA AKAN MENJIMATKAN BAHAN API

Tidak tepat sebenarnya kerana enjin dengan sistem suntikan bahan api moden akan memastikan nisbah bahan api yang disuntik masuk ke kebuk pembakaran adalah bersesuaian dengan kuantiti udara yang disedut masuk.

Ia mungkin benar suatu masa dahulu sewaktu enjin masih lagi menggunakan sistem karburator yang semestinya terjejas jika penapis dalam keadaan kotor.

BACA: TIPS PENJAGAAN BATERI YANG BETUL

Penapis udara masih perlu ditukar bila sampai masanya tetapi bukan untuk penjimatan petrol. Ia lebih kepada membekalkan udara yang lebih bersih dan berkualiti untuk enjin kereta.

 

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button