Artikel Pilihan

AAM, KBS DAN MAM – ISU “LEGAL” VS “LETHAL”

“Legal Vs Lethal Issues”

Berdasarkan isu kenyatan status AAM yang dikeluarkan oleh pihak KBS tentang isu tiada laporan tahunan serta isu pengurusan, tidak wajar rasanya isu ini dijadikan satu alasan kukuh untuk pembatalan.

Saya melihat dari perspektif seorang pelumba serta peminat sukan bermotor yang ingin melihat perkembangan satu industri permotoran dan masa pemberitahuan isu ini hanya berberapa hari dari tarikh satu acara sukan yang akan berlangsung yang melibatkan acara antarabangsa dan domestik di Sepang lebih memburukkan lagi keadaan, impak serra semangat pelumba.

Saya pasti impak pelumba antarabangsa kurang tercalar berbanding dengan persiapan perlumba MSF yang ramai serta MSF merupakan acara sukan yang menarik minat paling ramai dan acara ini bukan dilaksanakan oleh SIC tetapi hanya dilaksanakan “di” SIC, yakni penganjur acara MSF menyewa lokasi dari SIC.

Tajuk yang saya berikan ialah “Legal Vs Lethal Issues” membawa maksud bahawa isu AAM ialah berbentuk perihal undang-undang dan isu MAM iaitu Lethal ialah isu Kematian.

Apakah isu kematian ini?

Jika anda masih ingat isu penganjuran acara Eimarace (Sila lihat lampiran dimana saya terlibat secara rasmi sebagai salah seorang badan penyiasat yang dilantik oleh Kementerian Pendidikan Tinggi).

Walaupun ada isu kematian yang merupakan dibawah tanggungjawab MAM kerana hasil siasatan mendapati pihak MAM tidak mengikuti pelbagai protokol penganjuran, namun pihak kami yakni jawatankuasa kita membuat sebarang kenyataan yang boleh melemahkan perkembangan isu suka. bermotor negara.

Isu Kematian Lebih Dahsyat Dari Isu Undang-Undang Syarikat.

Pihak Jawatankuasa hanya mengeluarkan kenyataan bahwan sebarang penganjuran sukan bermotor dari pihak Univ perlu dijalankan di trek yang mendapat kelulusan dari pihak berwajib iaitu AAM dan juga perlu mendapatkan kelulusan keselamatan.

Walaupun kesalahan ialah dari pihak MAM namun saya memberi pandangan kepada jawatankuasa bahawa kita masih ingin acara berterusan dan isu MAM boleh diselesaikan tanpa perlu menjatuhkan nama MAM kerana isu kita ialah isu negara iaitu isu sukan bermotor dan jika MAM ada masalah penganjuran, maka MAM perlu membetulkan keadaan.

Jadi jika sekadar isu Legal oleh AAM ini berlaku, rasa saya, pihak KBS boleh memanggil pihak AAM dan bersemuka dengan mereka walaupun secara umumnya pihak KBS tidak mempunyai kuasa untuk melantik atau melucutkan status AAM kerana badan induk atau badan berwajib yang layak ialah FIA.

Analoginya begini, jika kuku kita panjang, kita potong kuku dan bukan potong jari.
Isu AAM ini ialah isu dalaman dan boleh diperbetulkan. Saya bukan menyokong AAM atau tidak menyokong MAM atau tidak menyokong KBS.

Saya menyokong dan mendokong semangat pelumba, krew dan warga sukan bermotor negara. Kami, iaitu warga sukan bermotor negara tidak berminat hal politik, hal ingin meraih kuasa di tampuk kepimpinan persatuan dan juga sebarang jawatan. Jika perlu tukar tampuk pimpinan AAM, tukarlah.

Apa yang kami impikan ialah satu ekosistem sukan bermotor yang harmoni serta dapat dibangunkan oleh persatuan dan individu yang mempunyai semangat tidak menunding jari.

Jika isu Legal AAM boleh diberikan satu impak besar, bagaimanapula dengan isu Lethal MAM?

Jadi jika kita mengambil langkah mencari kesalahan, tanparan yang dirasa bukanlah pada AAM, KBS atau MAM kerana boleh dikatakana hampir tiada wakil ahli jawatankuasa dari KBS, AAM atau MAM yang berlumba secara aktif.

Namun tanparan hebat ialah kepada rakyat marhain yang mengumpul duit mencari penaja barang seratus dua serta mungkin ada seribu dua dan dengan semangat ingin meletakkan kenderaan di atas grid. Kami tiada hubungan dengan syarikat minyak gergasi atau kuasa “super upstairs” untuk mendapatkan tajaan ratusan ribu atau jutaan ribu.

Niat kami ialah ingin berlumba dengan aman, menambah kenalan di trek serta membantu melebarkan parameter sukan ini bermula dari acara grass root sehingga acara rali, trek, gymkhana dan sebagainya.

Sebagai peminat sukan bermotor, kami berharap agar isu ini diselesaikan secara harmoni dan AAM, KBS eloklah bersemuka. dan cari jalan penyelesaian demi kami rakyat sukan bermotor.

Sekian dan majulah sukan bermotor untuk semua insyAllah.

……………………………………………………………………………………

-Ditulis oleh Tuan Azad Jasmi

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button