Buletin

BATAL TEMPAHAN? GRAB MALAYSIA AKAN CAJ RM3-RM5, BERMULA 25 MAC 2019

Bermula 25 Mac, penyedia perkhidmatan ride-hailing berpengaruh, Grab Malaysia akan mengenakan caj di antara RM3 sehingga RM5 ke atas pelanggan yang membatalkan tempahan atau lambat berada di lokasi yang dipersetujui. 

Menurut laporan The Star, dalam Polisi Pembatalan Penumpang, Grab menyatakan pelanggan yang membatalkan tempahan selepas lima minit mendapat pemandu akan dikenakan caj berkenaan.

Manakala jumlah sebenar caj bergantung kepada jenis kenderaan atau perkhidmatan yang ditempah oleh pelanggan. 

Anda akan dikenakan ca RM3 jika membatalkan tempahan perkhidmatan GrabCar, GrabTaxi (meter atau eksekutif) dan JustGrab for Airport. bagi pembatalan GrabCar kenderaan enam tempat duduk atau justGrab untuk sepuluh penumpang, caj adalah RM4. 

Jika anda membatalkan tempahan GrabCar Premium tau GrabCar Luxe (Vellfire ke lapangan terbang), caj yang dikenakakan ialah RM5.  

Pelanggan tidak akan dicaj jika mereka membatalkan tempahan dalam tempoh lima minit selepas mendapat pemandu.

Pemandu juga perlu menunggu pelanggan selama lima atau tiga minit sekiranya mereka menawarkan perkhidmatan GrabShare sebelum layak mengecaj yuran pembatalan. 

Caj pembatalan bagaimanapun akan dihapuskan jika pemandu tidak tuba dala masa 10 minit selepas jangaan masa tiba yang pertama ditunjukkan. 

Bagi pelanggan yang menggunakan GrabPay, caj itu akan ditolak terus daripada baki kredit atau kad kredit/debit. Caj itu akan ditambah secara automatik ke dalam perjalanan seterusnya untuk pelanggan yang membayar dalam bentuk tunai. 

Grab Malaysia memberi jaminan bahawa 100% caj pembatalan akan diberikan kepada pemandu sebagai pampasan ke atas masa mereka. 

Google ads
Back to top button