Artikel PilihanBuletin

TERKINI: STATUS AAM SEBAGAI BADAN SUKAN KINI SUDAH DIBATALKAN

Beberapa hari lepas, laman web rakan media kami careta.my memuatnaik pertanyaan mereka berkenaan status badan induk Persatuan Automobil Malaysia (AAM) yang dikatakan sedang menghadapi masalah pembatalan.

Ia susulan persoalan yang dibangkitkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Datuk Razlan Razali tentang status AAM yang dikatakan telah dilucutkan sebagai badan sukan sah.

Ia adalah pertikaian kritikal kerana AAM diberi tanggungjawab sebagai badan yang menguruskan pengesahan aktiviti permotoran secara terus di Malaysia. Razlan inginkan kepastian tentang samada AAM masih merupakan badan yang sah atau sebaliknya.

Rentetan itu, PEJABAT Pesuruhjaya Sukan (PJS) menerusi
Pesuruhjaya Sukan, Datuk Zaiton Othman mengesahkan Persatuan Automobil Malaysia (AAM) sudah dibatalkan status sebagai badan sukan sejak akhir tahun lalu.

Tindakan ini menyebabkan AAM hilang kelayakan sebagai badan pengiktiraf samada sebagai penganjur atau apa juga aktiviti yang membabitkan sukan pemotoran tempatan, mahupun di peringkat antarabangsa.

“Mereka tidak ikut peraturan yang ditetapkan sebagai badan sukan. Mereka tidak menghantar laporan tahunan serta tidak meminda perlembagaan.

“AAM bukan satu-satunya badan sukan yang dibatalkan. Kebanyakan badan sukan yang terbatal telah melanggar peraturan,” ujar Datuk Zaitun seperti yang dipetik oleh Harian Metro semalam.

Apakah implikasinya?

Badan bertanggungjawab sepatutnya mengeluar kenyataan rasmi kepada media supaya semuanya jelas. Sebagai sebuah badan yang bertanggungjawab kepada aktiviti permotoran yang berisiko tinggi, sepatutnya rakyat diberi penjelasan tentang status ini.

Pelumba yang memegang lesen perlumbaan AAM misalnya, perlu tahu bahawa status mereka kerana ia membabitkan banyak implikasi lain seperti tuntutan insurans dan status satu-satu kejohanan yang mereka sertai.

Apakah status perlumbaan cubprix misalnya?

Kami menggesa Menteri Menteri Belia Dan Sukan, YBB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman supaya campur tangan dan memandang serius isu ini.

Mereka bertanggungjawab pada sukan motor yang berisiko, bukannya e-game yang duduk atas kerusi menghadap monitor komputer.

Google ads
Back to top button