Buletin

WARANTI AAM-GUARD

Automobile Association of Malaysia (MAA) bersama ACCMS Warranty Services Sdn Bhd (ACCMS) umum tawaran perkhidmatan servis automotif ekstensif kepada pengguna kenderaan di Malaysia.

AAM-Waranti-Mekanika (2)

Waranti berkenaan dapat memberikan ketenangan kepada pemilik apabila berhadapan dengan kerosakan di luar jangkaan. Terutamanya melibatkan komponen utama kenderaan yang tidak dilindungi dalam tempoh jaminan standard pengeluar.

Berikut ialah ringkasan AAM Guard Extended Auto Warranty:

Toyota Avanza – MREC – Desktop

SYARAT: Kenderaan yang layak memohon ialah berusia tujuh tahun ke bawah. Dengan jumlah perbatuan kurang 120,000km ketika membeli waranti tersebut.

TEMPOH PERLINDUNGAN: 1 tahun/25,000km (mana-mana tiba dahulu)

HAD TUNTUTAN: RM10,000 sekali tuntutan dan RM50,000 ketika tempoh waranti. Bagi model Audi yang mengalami masalah enjin atau kotak gear, maksimum tuntutan terhad sehingga RM8,000 ketika tempoh jaminan. Tertakluk kepada pembaikan alat ganti baharu.

AAM-Waranti-Mekanika (3)

TEMPOH COOLING-OFF (MENUNGGU): 14 hari tempoh menunggu dari tarikh permulaan waranti. Tuntutan hanya boleh dilakukan selepas tempoh berkenaan.

KOMPONEN YANG DILINDUNGI: Enjin, kotak gear, ECU dan ECM, mekanisme stereng, Traction Control System, starter, alternator, pam minyak dan pancitan, motor tingkap elektrik, pintu gelunsur berkuasa elektrik serta aktuator kunci tengah.

CARA MEMOHON: Isi borang (boleh didapati di cawangan AAM), kemudian lakukan pemeriksaan kenderaan, mendapat kelulusan dan membuat bayaran.

Di bawah senarai harga pelan waranti yang ditawarkan:

IMG_9625

 

Tags
Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button