Buletin

ACURA AKAN GUNA PLATFORM ONLINE JUAL SUV ELEKTRIK BERMULA 2024

Di Amerika Syarikat, Acura dilapor akan menggunakan platform dalam talian sepenuhnya pada tahun 2024 untuk menjual SUV elektrik.

Model SUV elektrik yang dimaksudkan itu ialah ZDX dan ZDX Type S yang dijadualkan akan mula dijual pada tahun ini.

Spesifikasi terperinci SUV elektrik ZDX itu masih lagi belum didedahkan, namun difahamkan Acura menggunakan platform Ultium daripada General Motors yang mampu menyokong kapasiti bateri sehingga 200 kWh.

Senibina yang sama juga turut digunakan oleh Honda Prologue yang dijadualkan penjualannya pada lewat tahun ini.

Tidak dapat dipastikan sama ada Honda akan turut sama menggunakan strategi penjualan dalam talian yang sama seperti Acura.

Langkah yang diambil oleh Acura ini merupakan salah satu trend yang sedang meningkat di dalam industri automotif, kebanyakannya disebabkan oleh wabak pandemik COVID-19 yang masih lagi belum reda sehingga sekarang.

Google ads
Back to top button