Artikel Pilihan

NAMPAK MACAM RANGE ROVER PULA CHERY FULWIN T11 NI – KORANG PULA RASA MACAM MANA?

Gambar terbaru model SUV flagship Chery yang dinamakan Fulwin T11 baru saja tersebar dalam talian. Eh, Chery ni memang suka pilih nama kelakar je macam mana? Ia menggunakan cat dua tona yang berkilauan dan kemasan krom bling-bling yang menjadikannya seperti klon Range Rover. Memang ada yang menggelarnya Range Rover versi bajet.

Memang kalau dilihat sepintas lalu ia seperti jelmaan Rabge Rover. Lampu LED dan DRL memang menampakkan sedikit persamaan dengan Range Rover. Namun ia tidak keterlaluan dan kami rasa Chery berjaya memberikan rupa paras yang sedikit unik untuk SUV mereka ini.

Gril bahagian atas krom itu bagaimana pun lebih kepada ciri kosmetik dan sejukan untuk enjin datangnya dari gril di bahagian bawah bampar. Ianya berwarna hitam berkilat dan boleh dibuka tutup.

Kalau pandang dari bahagian sisi pula memang ada ciri-ciri Range Rover tapi bukan copy paste ni. Mungkin mereka cuma mengambil sedikit idea sebelum ditambah baik. Kemasan krom dan cat dua tona tu memang nampak menarik bila digabungkan dengan rim berjejari halus.

Sepasang lampu belakang pula digabungkan dengan bar lampu tengah mengingatkan kami pada Toyota Estima pula. Bahagian bawah bampar nampak kemas tanpa paip-paip ekzos terjulur keluar.

Menurut media China. SUV ini bakal dikuasakan enjin 1.5 liter berkuasa turbo 154 hp dengan bantuan motor elektrik di depan dan belakang. Gabungan dua motor elektrik, pek bateri (belum ditentukan saiznya) dan enjin 1.5 liter akan memberikan T11 ini jarak operasi 1,400 kilometer. Jika menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya ia mampu bergerak sejauh 200 kilometer.

Model ini bakal diperkenalkan kepada umum di Chengdu Auto Show sedikit masa lagi.

Google ads
Back to top button