
GM AKAN HASILKAN SUV BAHARU UNTUK SECRET SERVICE – JUTA-JUTA PUNYA KONTRAK NI
Pernah tengok konvoi presiden AS? Banyak SUV warna hitam dengan cermin gelap kan? Ha itulah Chevrolet Suburban yang digunakan oleh Perkhidmatan Rahsia (Secret Service) AS. Kini dan sampai masanya untuk diganti baharu dan SUV generasi baharu ini masih menggunakan keluaran Chevrolet tapi kini direbadge dengan lambang Chevrolet.

Menurut laporan dari sana, Secret Service kini sedang berunding dengan GM untuk membangunkan SUV-SUV berperisai generasi baharu untuk kegunaan mereka. Yang peliknya kenapa lambang Chevrolet pada Suburban digantikan dengan lambang Chevrolet Escalade. Mungkin nampak lebih mewah kot? Biasalah presiden AS kan hartawan miliyana.
Perbincangan tersebut berlangsung di GM Global Design Center, Warren, Michigan. Ketua Secret Service sendiri, Sean Warren, menghadiri perbincangan dengan eksekutif-eksekutif tertinggi GM.
The Drive menjangkakan SUV terbaharu itu adalah versi modifikasi Suburban Shield tapi dengan rupa paras Cadillac Escalade. Tapi tak adalah tayar nipis sebab ia menggunakan tayar kalis peluru dan semestinya dengan bendera Presiden dan bendera AS di bahagian depan. Tambahan lain tentu sekali kaca kalis peluru, panel badan lebih kukuh dan sistem teknologi termaju di dalam kabin.



Malah bukan itu sahaja, mereka juga dikatakan berbincang tentang kenderaan presiden terbaru yang dikenali sebagai “The Beast”. Menurut Reuter, GM telah mendapat kontrak bernilai USD14.8 juta September lepas dari Department of Homeland Security dan Secret Service untuk membangunkan model baharu tersebut. Kos keseluruhan dikatakan mencecah USD40.8 juta yang akan disiapkan menjelang 2029.
Limosin presiden yang digunakan sekarang merupakan model tahun 2018 menyerupai Cadillac sedan tapi ia sebenarnya dihasilkan dari chasis trak tugas berat GMC TopKick. Berat keseluruhan The Beast dianggarkan sekitar 9.1 tan dan mampu menahan pelbagai serangan yang tak dapat orang biasa macam kita bayangkan.
Untuk rekod The Beast sebelumnya disiapkan pada tahun 2001 dan kemudian 2009. Eh, dia tak tukar kereta setahun sekali macam kerajaan negeri kat Malaysia ke? Ingat hebat sangat.


