
EV FLAGSHIP VOLVO AKHIRNYA MASUK PRODUKSI – DEKAT SETAHUN JUGA TERTUNDA NI
Volvo baharu sahaja umumkan SUV mewah EX90 EV sepenuhnya sudah pun memasuki proses produksi setelah tertangguh sekian lama. Model pertama dengan warna Denim Blue baharu sahaj disiapkan di kilang pemasangan Volvo Charleston, South Carolina. Penyerahan dijangka akan dilakukan dalam sedikit masa lagi. Sabar bea sabar.

EX90 telah ditunda pengeluarannya kerana masalah perisiaan. Volvo sebelum ini menyatakan ia sepatutnya memasuki produki pada pertengahan 2023. Mereka membuat keputusan untuk tidak tergesa-gesa menyerahkan kenderaan ditempah kepada pelanggan tanpa membuat penyelesaian terhadap masalah perisian.
CEO Volvo, Jim Rowan menyatakan penangguhan tidak dapat dielakkan kerana masalah pada perisian yang mengawal sistem LiDAR yang sangat canggih. Walaupun penangguhan bermakna kerugian kepada syarikat, namun mereka tetap berusaha mencari penyelesaian sebelum menyerahkan kereta kepada pelanggan.

Sebelum ini ada saja syarikat yang terburu-buru memasarkan kenderaan yang belim bersedia untuk dipasarkan. Silap-silap rugi besar terus dengan proses recall, tuntutan pembaikian dan macam-macam lagi.
Volvo EX90 berkuasa elektrik ini akan bergandingan dengan Polestar 3 dalam pasaran. Produksi SUV elektrik sporty tersebut akan dimulakan di China. Ia kemudian akan turut diproduksi di AS untuk pasaran sana. Buat masa sekarang kilang South Carolina turut mengeluarkan Volvo S60. Kilang Volvo di South Carolina mampu mengeluarkan 150,000 kenderaan setahun dan telah dinaiktaraf khususnya dibahagian mengecat dan pengeluara pek bateri untuk model-model EV. Bersungguh-sungguh betul Volvo ni u
