" "
Buletin

FORD DILAPOR AKAN JUAL SALAH SATU KILANG DI JERMAN KEPADA BYD

Dalam satu perkembangan terbaharu, Ford dilapor akan menjual salah satu daripada kilang pemasangan kenderaan di Eropah kepada syarikat China BYD.

Wall Street Journal mendedahkan wakil eksekutif kedua-dua syarikat itu akan berjumpa untuk membincangkan potensi jualan kilang Saarlouis di Jerman.

Menurut laporan itu lagi, semua perbincangan masih lagi dalam peringkat awal, namun terdapat petanda positif ia akan dimuktamadkan oleh kedua-dua belah pihak.

Kilang Saarlouis kini digunakan untuk memasang model Focus yang bakal ditamatkan pengeluarannya pada pertengahan dekad ini.

Pada bulan Jun tahun lepas, Ford dilapor akan menghentikan sejumlah besar tenaga pekerja di Saarlouis yang mempunyai kekuatan 4,600 orang.

Namun dalam laporan terbaharu, jenama Blue Oval itu sedang mencari alternatif untuk mengekalkan seberapa banyak yang mungkin pekerja yang masih berkhidmat di fasiliti tersebut, dan BYD merupakan salah satu pihak yang berminat untuk mendapatkan kilang Ford yang dimaksudkan. – Wall Street Journal

Google ads
Back to top button