Buletin

NETIZEN SINDIR ESKALATOR DI STESEN LRT DAN MRT TIBA-TIBA LAJU DIBAIK PULIH. SEBELUM NI MAKAN TAHUN NAK SIAP

Jika anda pengguna pengangkutan awam secara kerap, pasti isu pertama yang dihadapi adalah frekuensi tren terutamanya waktu puncak, masalah kedua adalah eskalator sering mengalami kerosakan.

Namun, baru-baru ini, para pengguna pengangkutan awam terkejut dan gembira setelah melihat eskalator yang rosak selama berbulan-bulan di beberapa stesen LRT, kini sudah dibaik pulih.  

Beberapa netizen secara berseloroh berkata, pembaikan pantas itu berkemungkinan disebabkan seseorang takut kehilangan jawatan sejak Anthony Loke dilantik sebagai Menteri Pengangkutan.

“Dengar citer, tetiba ada fund, tetiba ada spare part, tetiba semua eskalator tengah ganti dengan Laju……Merata rata tengah pasang. Ada yang takut HILANG JAWATAN KE TU?” tulis seorang pengguna Twitter.

Pada Oktober lalu, Rapid KL telah memberi maklumbalas mengenai isu penyenggaraan fasiliti di stesen-stesen LRT dan MRT.

Menerusi perkongsian Rapid KL di laman Facebook, alat ganti dari pengilang peralatan asal (OEM) sudahpun ditempah untuk kerja-kerja pembaikan untuk semua kemudahan yang rosak.

Tempahan yang dibuat termasuklah 87 ‘handrail’ dan 37 ‘stepchain’. Pembekal barangan OEM ini berpangkalan di Shanghai, China. Kesemua item ini akan dihantar secara berkumpulan.

Pada hantaran yang sama, Rapid Rail turut menyatakan bahawa kumpulan pertama alat ganti akan tiba pada Oktober, kumpulan kedua pada pertengahan November dan kumpulan ketiga hanya akan tiba pada Disember.

“Benda-benda macam nilah orang perlu, betulkan escalator, cat bangunan, uruskan sampah, jalan tak berlubang inilah pembangunan yang sihat. Bukan projek mega bilion-bilion, bangunan tinggi-tinggi.” Respon dari seorang pengguna Twitter berserta petikan sebuah video menunjukkan eskalator di LRT KLCC berfungsi dengan baik. – The Rakyat Post

Google ads
Back to top button