
KIA EV6 2023, TERIMA ANUGERAH TOP SAFETY PICK+ DARIPADA IIHS
Kia EV6 2023 telah diuji dan menerima anugerah tertinggi iaitu Top Safety Pick+ daripada badan ujian kemalangan di Amerika Insurance Institute of Highway Safety. Ini merupakan kenderaan ke tiga milik Kia yang menerima anugerah Top Safety Pick+ selain Kia K5 dan juga Kia Stinger
Kia EV6 menerima rating “GOOD” atau BAGUS dalm ujian perlanggaran dan ketahanan cesi yang merangkumi perlanggaran sisi bucu depan (pemandu dan penumpang), moderate overlap front crash test, perlanggaran sisi, ujian kekuatan bumbung bagi kes rollover dan head restraint & seat.
Malah Kia EV6 juga menerima penarafan bagus dalam ujian penilian lampu depan dengan teknologi adaptif, ujian untuk mengelakkan kemalangan dengan kenderaan lain, basikal dan pejalan kaki termasuk pada waktu malam. Bagi pasaran Amerika, Kia EV6 juga menerima beg udara yang dipasang antara penumpang dan pemandu di bahagian depan bagi mengurangkan impak hentaman sisi
Bagi pasaran Malaysia Kia EV6 ditawarkan dalam satu varian sahaja iaitu GT Line AWD dengan menggunakan Electric Global Modular Platform yang turut digunakan oleh Hyundai Ioniq 5. Varian Long Range menerima bateri sebesar 77.4kWh bagi membolehkannya dipandu sejauh 506km untuk satu pengecasan penuh.
Bateri ini akan menghantar kuasa kepada 2 motor elektrik dengan satu motor elektrik di bahagian belakang (221 kuasa kuda & 350Nm) dan satu lagi motor elektrik di bahagian depan (99 kuasa kuda & 255Nm tork). Semua motor ini menjana sehingga 321 kuasa kuda dan 605 Nm bagi membolehkan pecutan 0-100km/jam dalam masa 5.2 saat dan halaju maksima 183km/jam
Video ujian perlanggaran IIHS masih belum dikeluarkan tapi anda boleh menonton ujian perlanggaran yang dibuat oleh Euro NCAP.

