Buletin

INI NEGARA PERTAMA DI DUNIA DENGAN PENGANGKUTAN AWAM PERCUMA!

Ia adalah impian setiap negara, cuma yang membezakannya ialah kemampuan kewangan supaya pengangkutan awam boleh dijadikan fasiliti yang boleh digunakan secara percuma untuk rakyat mereka.

Luxembourg dijangka menjadi negara pertama di dunia untuk menjadikan semua pengangkutan awamnya percuma tanpa sebarang bayaran.

Perdana Menteri yang baru dilantik semula Xavier Bettel bersama kerajaan gabungan baru telah mengumumkan bahawa mereka akan membatalkan semua tambang pengangkutan awam keretapi, trem dan bas pada musim panas akan datang.

Ia sebagai langkah untuk mengurangkan kesan karbon di negara kecil tersebut. Tindakan ini juga sebagai usaha baharu yang diharap dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas yang teruk di bandar utama mereka.

Dikelilingi oleh negara Eropah maju seperti oleh Belgium, Jerman dan Perancis, Luxemburg mempunyai lebih dari 400,000 penumpang yang berulang alik untuk bekerja dari negara-negara jiran mereka.

SUDAH BERMULA

Sebenarnya, usaha memberi pengangkutan percuma ini sudahpun bermula pada awal tahun lalu. Luxembourg mula menawarkan pengangkutan percuma kepada semua orang di bawah umur 20 tahun.

Pelajar sekolah menengah juga boleh menaiki pengangkutan awam percuma yang menghubungkan tempat tinggal mereka dan sekolah.

Dengan bilangan kenderaan persendirian yang tertinggi berbanding nisbah penduduk di kalangan negara Kesatuan Eropah, langkah ini dilihat sebagai cara drastik untuk memastikan jalanraya mereka bebas dari kenderaan persendirian pada waktu puncak.

Mazda CX30

Keputusan masih belum dibuat mengenai apa yang perlu dilakukan mengenai pengangkutan keretapi bagi kelas pertama dan kelas kedua .

Penumpang kini membayar €2 untuk perjalanan dalam tempoh dua jam yang meliputi hampir semua laluan di negara kecil tersebut.

Kerajaan Luxemburg juga bercadang untuk melaraskan semula cukai yang dibayar penumpang. Bermula 2020, semua tiket akan dimansuhkan dan polisi pembelian tiket dan kutipan tambang juga akan mengurangkan bayak kos operasi secara keseluruhan.

Tags
Google ads
Back to top button