Buletin

SYARIKAT PENGANGKUTAN AWAM ARAB SAUDI TEMPAH 600 BUAH BAS MERCEDES-BENZ

Jika diperhatikan, kerajaan negara Arab yang kaya-raya mahukan barangan berkualiti dan tidak kisah untuk berbelanja. SAPTCO atau Saudi Public Transport Company yang merupakan operator bas di Arab Saudi dengan usaha sama (JV) operator pengangkutan Perancis, RATP telah memesan 600 buah bas Mercedes-Benz Citaro.

Walaupun jumlah itu besar namun ia tidak menghalang Daimler Buses untuk menyerahkan sekitar 200 unit bas Citaro G dan Citaro Solo seawal 2018. Baki 400 lagi buah bas akan diserahkan secara berperingkat sehingga 2020.

Bas tersebut akan digunakan di ibu negara Saudi iaitu di Riyadh yang mana sejumlah besar akan digunakan untuk laluan BRT (Bus Rapid Transit).

Tempahan yang besar itu akan diproses di Pusat Kenderaan Komersil Serantau Daimler untuk Timur Tengah dan Afrika Utara yang berpangkalan di Dubai.

BACA: EDISI TERHAD SEMPENA ULANGTAHUN KE 50 MERCEDES-AMG – 50 UNIT, MAAF UNTUK JEPUN SAHAJA

BACA: KERANA KEHILANGAN KUNCI 20 TAHUN LALU, MERCEDES SL500 INI KEKAL MACAM KERETA BARU

SAPTCO sebenarnya bukan baru bekerjasama dengan Daimler Buses kerana pada tahun lepas, operator tersebut telah membeli lebih dari 200 koc touring Mercedes-Benz Travego 15 SHD.

Memandangkan suhu di benua Arab adalah panas, 400 buah bas Mercedes-Benz Citaro G dan 200 buah Mercedes-Benz Citaro Solo itu akan diubah suai mengikut kesesuaian setempat. Sistem penyaman udara akan dinaik taraf, cermin tepi adalah jenis dua lapisan (double glazed) serta lebih gelap.

Turut dilengkapi ialah sambungan WiFi, skrin rata 18 inci, tempat simpanan barang penumpang dan sistem bayaran tanpa tunai. Juga canggih ialah sistem kiraan penumpang automatik dan rangkaian hubungan dengan sistem kawalan untuk pengendali menyediakan jadual selang masa penyelenggaraan.

Apabila beli bas awam dengan jumlah yang banyak sebegini bukan apa, senang sebab mempunyai skala ekonomi dan alat ganti pun boleh diborong selain sudah tahu ragamnya. Lagi pula, bas dan lori Mercedes-Benz memang terkenal dengan ketahanannya.

Google ads
Back to top button