
GUNA ULAR SAWA SEBAGAI PELITUP MUKA NAIK BAS AWAM. STOK ABIS KE MACAM MANA?
Penumpang bas awam dari Swinton ke Manchester, England dikejutkan dengan tindakan seorang lelaki menggunakan ular sawa sebagai pelitup muka.
Menurut Daily Mail, beberapa penumpang sempat merakam aksi lelaki itu yang meletakkan reptilia berkenaanpada lehernya.
Dia kemudian membiarkan ular itu melingkar pada rel tangan di dalam bas terbabit.
Seorang penumpang berumur 46 tahun yang enggan namanya disiarkan berkata, dia menyangka lelaki itu memakai sejenis pelitup muka funky.
Katanya, aksi itu agak menghiburkan dan reptilia itu tidak menganggu penumpang lain sepanjang perjalanan.
Jurucakap Pengangkutan Greater Manchester berkata, walaupun kerajaan membenarkan pemakaian pelitup muka buatan sendiri, kebenaran itu sudah pastinya tidak termasuk penggunaan kulit ular apatah lagi ular hidup.
Pemakaian pelitup muka adalah wajib dalam pengangkutan awam Britain melainkan penumpang diberi pengecualian atas faktor usia, kesihatan atau kelainan upaya. – agensi
- BACA: DAH LA ULAR BERBISA MASUK DALAM KERETA, NYARIS KENA SAMAN PULA SEBAB LANGGAR HAD LAJU
- BACA: PANGGILAN TELEFON HISTERIA MINTA BANTUAN. WANITA TERKEJUT ULAR DALAM KERETA
- BACA: BENGANG MOTOSIKAL SELALU ROSAK, PEMILIK JAWA FORTY TWO BAWA KELDAI SEBAGAI PROTES
- BACA: PEMANDU PANIK CUBA HALAU LABAH-LABAH. KERETA REMPUH TIANG PAPAN TANDA